Ada kalanya bila saya main game baru, saya boleh cepat biasakan diri dengan kontrol dan gameplay. Dan juga ada kalanya, game itu agak mencabar. Dan juga ada satu-satunya game yang menyeru kepada muka saya, “Hawhaw, #GitGud!”

Akhirnya saya menyerah kalah dan memasangkan controller gamepad pada PC, seperti yang dinasihatkan oleh penerbit teedoubleuGAMES. Tetapi adakah saya berjaya gitgud ke tak? Jom baca review Immortal Planet – Boleh Beli or Boleh Blah!?

Beku dalam Masa

Jalan cerita Immortal Planet adalah penuh dengan tema cyberpunk yang amat mendalam dan penuh kisah zaman silam. Jauh di angkasa terdapat sebuah planet tundra terasing yang sejuk, suram, dan penuh dengan sisa-sisa tamadun yang sudah lama termusnah. Penduduknya adalah sebuah puak Immortals, insan-insan yang bernyawa abadi tetapi masa telah menghakis jiwa dan kewarasan mereka.

Sneaky, sneaky; selagi dieorg tak nampak saya, bolehlah berlalu dengan selamat!

Karakter korang adalah seorang Awakewalker, seorang Immortal yang baru dibangunkan dari tidur beku cryogenic. Misi korang adalah mencari jalan keluar dari kubu berkubur ini, menyelesaikan misteri planet, dan membanteras sumpahan yang ditimpa.

Reka bentuk 2D isometrik yang unik terutamanya dengan bunyi ambience yang menarik. Tetapi agak sunyi juga tanpa latar belakang muzik soundtrack semasa menjelajah dunia game.

Gaya Indie bertemakan Dark Souls dan Bloodborne

Pada mulanya, saya gunakan keyboard dengan mouse untuk mengawal karakter saya. Ia terasa agak kekok, terutamanya apabila cuba menetapkan masa terbaik untuk menyekat musuh atau menggunakan kuasa skills atau barang keperluan items. Setelah bertukar kepada controller gamepad pula, memang ia terasa lebih selesa.

Serangan kuat boleh menolak musuh. Blocking dengan senjata memerlukan Stamina. Bila korang kembali ke tempat mati, korang boleh kutip balik markah experience.

Tetapi lebih selesa bukannya lebih senang. Game Immortal Planet mengutamakan strategi daripada menyerang secara mendadak. Jika korang bersifat terburu-buru, pihak musuh, terutamanya boss, memang akan menghentam korang!

Salah satu cara korang boleh menjaga diri adalah mengacau musuh (aggro) untuk mara ke kawasan lebih strategik. Setiap musuh mempunyai corak sendiri apabila bertarung; elok mengambil masa mengelak dan menjauhkan diri daripada serangan untuk mengkaji corak musuh.

Antara dua serangan jarak jauh yang paling awal boleh dijumpai adalah serangan kilat elektrik dan tembakan senapang.

Ada beberapa kali selepas mereka membaling bom api dan membakar kawasan sekitar, mereka juga terbakar diri sendiri sambil mengejar saya. Ini juga satu strategi baik untuk mengentam dan menolak musuh ke kawasan berapi. Mengutip balik baki experience yang hilang akan menyembuh balik nyawa karakter dan ini agak berguna sewaktu berlawan dengan musuh Boss.

Die, Die, Die!

Siapa-siapa yang tidak biasa dengan gameplay Dark Souls atau Bloodbourne mungkin akan merasa gameplay agak lembab. Pada pendapat saya, tenaga Stamina terlalu cepat habis walaupun sudah banyak markah experience digunakan untuk meningkat tahapnya.

Selain dari jumlah health bar yang lebih tinggi, musuh-musuh Boss akan sering bertukar corak serangan mengikut tahap nyawa yang tinggal.

Skill Dash bukannya gerakan tindak balas yang paling tepat, bahkan adanya beberapa isu semasa bertarung atau melintas halangan gaung. Jika mati akibat jatuh gaung atau dibunuh oleh pihak musuh, bukan markah experience sahaja hilang tetapi juga semua barang lebihan yang telah dikutip.

Tambah-tambah lagi hanya satu health pack yang sedia ada untuk setiap respawn. Sayangnya, inventori health pack tidak boleh ditambahkan. Ianya reset setiap kali saya pulang ke petak konsol.

Kesudahannya Boleh Beli or Boleh Blah?!

Immortal Planet adalah contoh terbaik bagi game RPG isometrik 2D yang setia kepada gaya bertarung strategik dan berdasarkan pada kesabaran dan tahap refleks. Akhir kata, bila korang tersekat tetapi game ada bagi ayat disclaimer “This game should be played with a gamepad”, buka je kotak controller dan main lagi.

BOLEH BELI!
+ Sesuai untuk sesiapa yang menggemari siri Dark Souls atau Bloodborne.
+ Reka betuk kawasan peta dan strategi skillset musuh boss membuat setiap cabaran pertempuran menarik dan berbeza.

BOLEH BLAH!
 Terlalu berorientasikan kepada demografik yang menggemari siri Dark Souls atau Bloodborne.
 Jalan cerita yang agak lembab dan konteks dialogue tidak beberapa jelas.

Comments

comments