Tidak perlu cakap kosong lagi, inilah masanya untuk buktikan bahawa korang adalah atlet esports yang negara cari selama ini!

IeSF World Championship 2017, sebuah kejohanan esports yang membawakan pemain-pemain terbaik dunia akan diadakan dari 9 hingga 12 November 2017. Acara gilang-gemilang ini bakal diadakan di Busan, Korea Selatan.

Terkini, Persatuan Sukan Elektronik Malaysia (ESM) telah mengumumkan IeSF Malaysia Qualifier 2017: Road To Busan – sebuah pusingan kelayakan yang mendapat tajaan utama oleh AMD dan Omen HP. Pusingan kelayakan ini adalah bagi mencari para pemain esports handalan negara untuk membawa nama tanah air ke negara Kpop itu.

Hanya juara, ya hanya satu pemain/pasukan juara dari setiap tiga game, iaitu League of Legends, Counter Strike: Global Offensive dan Tekken 7 akan dipilih dan dibawa ke Busan.

Hadiah Kemenangan IeSF World Championship 2017

Di sana nanti, peserta akan merebut wang hadiah kemenangan bernilai bernilai RM204,000++ dengan pecahan wang kemenangan mengikut game seperti berikut:

 

League of Legends – Prize Pool RM75000++
Juara: RM38,000++
Naib Juara: RM22,000++
Tempat Ke-3: RM15,000++

Counter Strike: Global Offensive – Prize Pool RM75000++
Juara: RM38,000++
Naib Juara: RM22,000++
Tempat Ke-3: RM15,000++

Tekken 7 – Prize Pool RM15,000++
Juara: RM7500++
Naib Juara: RM4500++
Tempat Ke-3: RM3000++

Juara Keseluruhan Kontinjen Negara: RM38,000++

Berikut adalah info-info penting untuk setiap tiga game yang korang perlu tahu sebelum menyertai pusingan kelayakan ini:

League of Legends

Tarikh & Venue
– 26 Ogos 2017 di Digital Fortress Hartamas (Kelayakan)
– 27 Ogos 2017 di Orange eSports Stadium (Top 4 sahaja)

Masa
9 pagi hingga 9 malam

Yuran Kemasukan
RM70 bagi setiap pasukan (32 slot pasukan)

Syarat kemasukan

  • Pemain wajib berumur 12 tahun ke atas dan warganera Malaysia
  • Kesemua wakil negara perlu memakai jersi negara sepanjang kejohanan berlangsung di Busan
  • Hanya pemain amatur layak untuk menyertai. Pemain atau pasukan profesional yang diiktiraf oleh Riot Games atau Garena seperti KL Hunter atau seangkatan dengannya tidak dibenarkan untuk menyertai.

Hadiah Kemenangan Peringkat Kelayakan

  • Juara: Mewakili Malaysia dengan tajaan penuh perjalanan dan tempat tinggal ke Busan untuk 5 pemain yang bernilai RM15,000
  • Naib Juara: Wang tunai RM500
  • Tempat Ketiga: RM300

Korang boleh ketahui maklumat lanjut dan teruskan pendaftaran di laman Facebook Event: LoL IeSF World Championship 2017 Road To Busan

Counter Strike: Global Offensive

Tarikh & Venue
– 26 Ogos 2017 di Digital Fortress Hartamas (Kelayakan)
– 27 Ogos 2017 di Orange eSports Stadium (Top 4 sahaja)

Masa
9 pagi hingga 9 malam

Yuran Kemasukan
RM70 bagi setiap pasukan (32 slot pasukan)

Syarat kemasukan

  • Pemain wajib berumur 17 tahun ke atas dan warganera Malaysia
  • Kesemua wakil negara perlu memakai jersi negara sepanjang kejohanan berlangsung di Busan

Hadiah Kemenangan Peringkat Kelayakan

  • Juara: Mewakili Malaysia dengan tajaan penuh perjalanan dan tempat tinggal ke Busan untuk 5 pemain yang bernilai RM15,000
  • Naib Juara: Wang tunai RM500
  • Tempat Ketiga: RM300

Korang boleh ketahui maklumat lanjut dan teruskan pendaftaran di laman Facebook Event: CSGO IeSF World Championship 2017 Road To Busan

Tekken 7

Tarikh & Venue
27 Ogos 2017 di Orange eSports Stadium

Masa
9 pagi hingga 9 malam

Yuran Kemasukan
RM20 bagi setiap pemain (128 slot pemain)

Syarat kemasukan

  • Pemain wajib berumur 15 tahun ke atas dan warganera Malaysia
  • Wakil negara perlu memakai jersi negara sepanjang kejohanan berlangsung di Busan

Hadiah Kemenangan Peringkat Kelayakan

  • Juara: Mewakili Malaysia dengan tajaan penuh perjalanan dan tempat tinggal ke Busan untuk seorang pemain bernilai RM3,000 + Armaggeddon Elvatron T11 PC Casing bernilai RM229
  • Naib Juara: Wang tunai RM300 + Armaggeddon Havoc III Gaming mouse bernilai RM109
  • Tempat Ketiga: RM100 + Armaggeddon Molotov-5 Mobile Gaming headset bernilai RM89
  • Tempat ke-4 hingga ke-8: Armaggeddon Swiftspectra AK-333 SFX Gaming keyboard bernilai RM60 setiap seorang

 

Korang boleh ketahui maklumat lanjut dan teruskan pendaftaran di laman Facebook Event: Tekken 7 IeSF World Championship 2017 Road To Busan

Jadi apa yang korang tunggu lagi? Asahkan lagi strategi dan taktikal korang! Tajamkan lagi komunikasi pasukan korang! Dapatkan lagi ilmu-ilmu pertempuran yang ampuh! Kita mahu mahu harumkan nama Malaysia di Busan, Korea Selatan! Jom jom!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.