Siapa sangka Chou – Fighter Hero boleh digunakan sebegini! Pehh Syno!

So semalam, berlangsung perlawanan separuh akhir peringkat kelayakan regular season Mobile Legends Bang Bang Professional League (MPL).

JomBaca: Jom Berkenalan Dengan Team iCON – Team Mobile Legend All-Star Yang Diurus MrCocan!

Yang menarik perhatian kitorang adalah perlawanan antara Team iCON dan We Own World (WOW) yang menyaksikan Mohamad Amir Afdhal Bin Ruzlan atau IGNnya Syno muncul hard-carry menggunakan Chou!

Game pertama Minit ke 0:14:00 – 0:32:00 & Game kedua Minit ke 1:21:00 – 1:29:00

Apakah rahsia Syno menggunakan Chou, Fighter Hero yang bersifat semi-Tanker Hero ini?

Jika dilihat kepada meta items Chou yang digunakan Syno, beliau telah menjadikan hero tersebut Damage Hero – dan bukannya semi-Tanker Hero yang diketahui umum. Ternyata build Chou ini mengejutkan bukan sahaja WOW, bahkan penonton stream yang menyaksikan keganasan Syno selepas itu!

Jom kita tengok apadia items yang dipakai Syno sehingga Chou-nya menggila:

  1. Hands Claw – memberikan basic attack
  2. Berserker Fury – menaikkan damage basic attack dari Hands Claw
  3. Windstalker – menaikkan attack speed ke 40%
  4. Endless Battle – menaikkan semua abilities recharge, movement speed Chou termasuk Passivenya yang boleh menaikkan damage normal attack sehingga 200%!
  5. Immortality – tambah armor & kebolehan revive balik
  6. Warrior Boots – movement speed +40, armor +22!
  7. Emblem Assassin dan bukan Emblem Tanker!

Kombinasi meta semua items ini menghasilkan build Chou yang menghasilkan DPS sehingga 2000 damage! Wow!

Manakala team WOW pula yang pada awalnya menyangka akan berhadapan meta 3 Tanker Hero, sebaliknya gagal mematikan Chou dengan build unik ini. Lancelot WOW DRAGON kerap menemui kegagalan apabila berhadapan dengan Chou Syno! Sehinggakan stream semasa perlawanan tersebut mencecah 6,000+ penonton yang rata-rata kagum dengan Chou Syno!

Dengan persembahan mantap ini, Syno dan Team iCON berjaya melayakkan diri mewakili Malaysia ke Regular Season 2 MPL. Ini merupakan MPL pertama pasukan ini setelah ianya ditubuhkan beberapa bulan lalu! Tahniah Team iCON! Sememangnya Team iCON akan menjadi perhatian kitorang sepanjang MPL nanti!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.