Ibunya tampil ke hadapan mempertahankan pemain Fortnite ini.

Sekiranya korang tidak tahu, beberapa minggu lalu, Epic Games telah mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa pemain Fortnite yang menipu (cheating) dalam game ini. Ia memang satu tindakan yang mengejutkan, yang mana kebiasaannya pembangun game hanya akan mengharamkan ID pemain itu sahaja apabila mereka menipu dalam game tersebut.

Terbaru, ibu kepada salah seorang pemain Fortnite berusia 14 tahun yang disaman oleh Epic Games telah mengeluarkan satu surat bertarikh 15 November lalu, menjawab tuduhan yang dikenakan kepada anaknya itu.

Remaja itu telah dituduh mempromosikan¬†Addicted Cheats, sebuah pengedar perisian aimbot, semasa melakukan livestream Fortnite Battle Royale. Walaupun perbuatan remaja itu bukanlah dikira sebagi menipu, Epic Games menyatakan bahawa dakwaan yang dikenakan adalah “mengubahsuai perisian Fortnite secara haram supaya dia memiliki kelebihan kompetitif ke atas pemain Fortnite lain” dan “dia menggunakan penipuan secara sengaja untuk memusnahkan integriti, dan mewujudkan kekacauan dalam game Fortnite”.

Di bawah adalah kenyataan yang dikeluarkan ibunya untuk mempertahankan dakwaan terhadap anaknya itu:

  • Terma dan syarat Fortnite memerlukan keizinan daripada ibu bapa bagi mereka yang di bawah umur, tetapi beliau tidak pernah memberikan anaknya keizinan.
  • Kes ini berdasarkan kerugian keuntungan, namun beliau membantah bahawa ia adalah game free-to-play, dan untuk membuktikan yang Epic telah kerugian, ia perlu menyediakan satu kenyataan mengesahkan yang anaknya menipu untuk menyebabkan “kerugian yang besar”.
  • Beliau mempertikaikan mengapa Epic mendakwa pemain individu, dan tidak melakukan sedemikian kepada laman web yang menjual/menyediakan perisian itu. Beliau mengatakan Epic sedang mengkambinghitamkan seorang remaja yang berumur 14 tahun.
  • Beliau menyatakan yang anaknya tidak, seperti yang didakwa Epic, membantu mencipta perisian penipuan itu, tetapi hanya memuat-turunnya sebagai seorang pengguna, dan Epic tidak mempunyai apa-apa keupayaan untuk membuktikan yang anaknya melakukan sebarang pengubahsuaian.
  • Akhir sekali, ibunya mengatakan dengan mendedahkan nama anaknya secara umum, bersama dengan tindakan yang dilakukan Epic telah melanggar undang-undang Delaware yang berkait kepada pendedahan maklumat mereka yang di bawah umur.

Perkhidmatan penipuan itu bukanlah percuma. Ia mengenakan bayaran sebanyak USD5 (~RM20) hingga USD15 (~RM61) kepada seorang pemain bagi langganan selama sebulan.

Sumber: Kotaku

Fortnite Battle Royale kini boleh dimainkan secara percuma di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Fortnite Battle Royale: Aksi Terbang Dengan RPG Adalah Sesuatu Yang Tidak Dirancang, Dedah Epic Games

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.