Kemaskini baru untuk system software PS4 kini kembali lagi!

Sony baru sahaja mendedahkan apakah pembaharuan dan penambahbaikan yang bakal dibawakan dalam System Software 5.50 dalam PS4.

Di bawak adalah fungsi terbaru​ yang kami rasakan paling menarik dalam kemaskini ini. Jom kita tengok!

Play Time Management

Ibu bapa atau penjaga kini boleh mengetahui, mengawal dan mengehadkan tempoh masa yang dimainkan oleh anak-anak pada setiap hari.

Apabila sudah hampir tiba had waktu untuk kanak-kanak bermain PS4 pada hari itu, satu notifikasi akan dikeluarkan bagi mengingatkan mereka untuk ‘save’ game dan bersedia untuk berhenti. Ibu bapa boleh memilih untuk menglog-keluarkan PS4 secara automatik apabila waktu bermain anak-anak sudah tamat.

Kemaskini UI 

User interface (UI) untuk Library akan dipermudahkan lagi bagi melihat apakah aplikasi/game yang telah di-install dalam PS4 tersebut, serta apakah aplikasi/game yang telah dibeli oleh akaun yang sedang digunakan.

Satu lagi kemaskini UI yang bagus adalah apabila langganan PS Plus korang dah tamat, game-game percuma PS Plus akan diletakkan ikon “PS Plus yang dikunci”. Ikon itu akan hilang apabila korang melanggan semula PS Plus.

Selain itu, korang juga kini boleh menyembunyikan game-game seperti demo atau beta daripada Library. Ini membuatkan tiada lagi aplikasi yang terlalu banyak dalam Library, iaitu beberapa aplikasi yang pastinya tidak akan dibuka lagi.

Quick Menu Ditambahbaik

Quick Menu akan ditambah baik dengan fungsi dan butang-butang yang lebih memudahkan untuk melihat Friends, menukar lagu dalam Spotify dan banyak lagi.

Import Gambar Dari USB Untuk Wallpaper PS4

PS4 bakal membenarkan korang untuk menggunakan gambar-gambar yang diimport dari USB untuk digunakan sebagai Wallpaper di menu utama PS4.

Korang hanya perlu pergi ke Settings > Themes > Select Theme > Custom > Select Image > USB Storage Device.

Supersampling Mode Untuk PS4 Pro

Korang ada PS4 Pro tapi tiada 4K TV? Supersampling Mode akan memberikan pemain PS4 Pro, yang hanya menggunakan HD TV, gambaran visual yang lebih baik.

Ini adalah beberapa fungsi baru yang kami rasakan menarik dalam kemaskini akan datang ini. Korang boleh baca semua fungsi yang bakal ditampilkan di sini.

System Software 5.50 untuk PS4 ini baru sahaja memasuki fasa beta yang sedang dicuba oleh segelintir pemain PS4. Tarikh ia akan dilancarkan ke semua PS4 masih belum diumumkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.