HP OMEN X, khas untuk gamer tegar dan atlet-atlet esports untuk menikmati kadar kegunaan prestasi laptop tertinggi.

Laptop OMEN keluaran HP adalah salah satu gaming laptop yang berada di pasaran teknologi bagi gamers di luar sana. Dari laptop ke desktop mereka, OMEN telah memberi pandangan dan rekaan yang unik kepada pengguna mereka supaya mereka dapat membawa laptop mereka dengan gaya eksotik.

Pada 22 Ogos lepas, HP telah mengumumkan OMEN X, laptopnya yang boleh overclock. Ini adalah laptop pertama yang dibina untuk tujuan overclocking daripada HP dan ia dapat memberi atlet-atlet esport kepuasan seperti menggunakan desktop dengan perkakasan berspesifikasi tinggi.

Laptop ini mempunyai pengaliran udara untuk memastikan CPU dan GPU beroperasi pada kadar optimum dengan bantuan empat heat pipes sebesar 3.5mm. Selain itu, laptop ini mampu memberikan pengguna mengalami resolusi setinggi 4K.

OMEN X menggunakan CPU Intel i7 Core, 7th Generation, GeForce GTX 1080. Tambahan pula, memori yang dipakai adalah jenis DDR4-2800mHz bagi mengelakkan daripada efek bottleneck, mereka meletakkan PCIe SSD pada RAID 0 manakala HDD untuk penstoran data.

OMEN X disertakan dengan keyboard mekanikal bersama RGB lighting. Di samping itu, HP turut menyediakan sokongan Dolby True Surround Headphone, USB 3.1 dan 3.0 untuk memudahkan pengguna membuat sambungan ke external disk.

OMEN X akan dipasarkan pada bulan November nanti. Harganya akan bermula pada $1,999 (~RM8,555).

Comments

comments