DLC The Frozen Wilds membawa Aloy ke satu tempat baharu dalam peta besar Horizon Zero Dawn.

Guerilla Games baru sahaja mengeluarkan satu trailer menunjukkan pemandangan di sekitar kawasan bernama The Cut.

The Cut adalah hutan tebal bersalju terletak di bahagian utara Banuk yang memisahkan tempat penempatan Banuk. Bersedia untuk suhu sejuk sehingga ke tulang kering, berjumpa dengan robot dinosaur baru dan berpotensi untuk menemui suku kaum baru?

Selain itu, trailer menunjukkan pemandangan indah dingin penuh dengan tasik beku, gua penuh dengan ais batu, kawasan khemah Banuk dan pelbagai lokasi yang bakal diterokai oleh Aloy.

Horizon Zero Dawn: The Frozen Wilds bakal dikeluarkan pada 7 November 2017 berharga RM75. Diskaun istimewa diberikan kepada ahli PlayStation Plus sebanyak 20% untuk DLC ini.

Kepada yang belum berkesempatan bermain Horizon Zero Dawn, Guerilla Games turut menambahkan DLC The Frozen Wilds ini ke dalam Horizon Zero Dawn: Complete Edition bersama pelbagai barang in-game menarik bakal tiba pada 5 Disember 2017 ini.

Comments

comments