Video terbaru dari Guerrilla Games, menerangkan dunia yang telah mereka bina khas untuk Horizon Zero Dawn.

Video ini telah disampaikan oleh Jan-Bart van Beek dan menyatakan bahawa setiap “eco-topes” bakal mempunyai persekitaran dan mesin(haiwan) yang tersendiri. Kita juga dapat lihat sedikit preview persekitaran-persekitaran ini seperti gurun, pergunungan bersalji, dan hutan.

Selain fasa siang dan malam, Horizon Zero Dawn juga bakal mempunyai sistem cuaca dinamik yang bakal mempengaruhi gameplay.

Horizon Zero Dawn dijadualkan untuk tiba pada 28 February khas untuk PlayStation 4.

Comments

comments