Guerilla Games telah pun mengumumkan edisi-edisi Horizon Zero Dawn untuk korang miliki!

Penulis tertarik untuk mengulas Collector’s Edition, almaklumlah, penulis sendiri adalah peminat dan pengumpul figurines dan Collector’s Edition yang tegar. Berikut adalah kandungan yang diumumkan oleh developer:

9” Statue by Gentle Giant – memperkenalkan Heroin bernama Aloy dengan ukiran yang sangat halus lagi mengagumkan.
48-Page Artbook by Dark Horse – mengandungi konsep-konsep art in-game Horizon Zero Dawn.
Steelbook Case – bersertakan artwork ekslusif
4 Resource Packs – “the Carja Trader Pack, the Banuk Traveler Pack, the Nora Keeper Pack and the Nora Machine Trapper Pack” untuk DLC
2 Outfits – “the Carja Storm Ranger Outfit and the Banuk Trailblazer Outfit” untuk in-game DLC
2 Weapons – “the Carja Mighty Bow and the Banuk Culling Bow” untuk in-game DLC

Sedikit sebanyak bagi pandangan penulis;

1. 9” Statue by Gentle Giant adalah hasil kerja professional dan sangat perfect. Gentle Giant juga berpengalaman menghasilkan statue seperti 300: Rise of the Empire, DC Comics, Marvel, Star Wars dan lain-lain lagi.

2. 48-Page Artbook by Dark Horse atau dikenali sebagai Dark Horse Comics juga adalah syarikat yg pernah mengeluar statue collectibles seperti The Witcher 3 hasil kerjasama bersama CD Projekt Red.

Sebagai first impression penulis, Horizon Dawn Collector’s Edition adalah di kategorikan sebagai BOLEH BELI walaupun gamenya masih baru diumumkan. Harga yg diumumkan di website Gamestop ialah USD120 (~RM536)!

Selain itu, versi Digital Deluxe Edition dan Limited Edition turut diumumkan – masing-masing dengan variasi items yang disenaraikan di atas.

Jadi, korang rasa korang sambar ke tak? Selamat menabung!

Comments

comments