Adakah Hori Tactical Assault Commander 4 ini lebih bagus dari keluaran sebelum ini? Adakah ia akan membantu pemain FPS PC untuk bermain di console Playstation? JomBaca!

Hori-Tactical-Assault-4Tactical Assault Commander 4 (TAC4) merupakan sebuah peranti rasmi untuk Playstation 3 dan Playstation 4 keluaran Hori. Peranti ini adalah percubaan Hori untuk mengganti controller Dual Shock dengan papan kekunci dan tetikus.

Best ke keyboard dia?

Hori-Tactical-Assault-4-keyboardHori merupakan sebuah jenama alatan arked yang memang amat terkenal kualitinya terutamanya dalam alatan fightstick buatan mereka. Bagi TAC4 ini, kami di JomGaming sendiri kagum dengan kualiti binaan papan kekunci yang hadir dalam pakej ini. Berat dan kukuh – terasa yakin untuk ditenyeh dan ditunjal tanpa masalah!

Hori-Tactical-Assault-4-keyboard-frontHarus dipuji papan kekunci direka mempunyai lokasi butang yang mudah diingat dan mempunyai pelbagai butang ekstra khas untuk digunakan dalam game berunsurkan FPS. Butang-butang tersebut adalah butang ‘Walk’ dan juga butang ‘Snipe’.

Butang ‘Walk’ berfungsi untuk menggerakkan watak secara perlahan manakala butang ‘Snipe’ berfungsi untuk merendahkan sensiviti tetikus seketika agar lebih mudah untuk melakukan tembakan jitu.

Butang-butangnya juga lembut apabila ditekan, tanpa sebarang bunyian yang boleh mengganggu gameplay korang, ataupun didengari rakan sepermainan online!

Hori-Tactical-Assault-4-keyboard-side

Selain itu, papan kekunci ini hadir bersama audio jack yang membenarkan pemain untuk menyambung headset kegemaran mereka terus ke situ. Papan kekunci ini juga datang bersama backlight yang berwarna merah bagi mereka yang minat bermain game dalam gelap.

Mouse dia OK ke?

IMG_3341Tetikus yang hadir dalam pakej ini juga telah mendapat upgrade dari segi rupa dan kualiti binaan berbanding TAC3. Rekaan tetikus dalam pakej TAC4 mempunyai rekaan ergonomik dan ini mengurangkan tekanan pada jari dalam sesi gaming yang panjang. Butang-butang di sisi tetikus juga mudah dicapai oleh ibu jari.

Keputusan: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

BOLEH BLAH! – Jika anda seorang pemain tegar yang sudah biasa dengan menggunakan DualShock, Hori TAC4 bukanlah untuk anda. Menggunakan Hori TAC4 bakal mengambil masa anda untuk kembali membiasakan diri dengan lokasi butang yang baru dan juga sensiviti yang berlainan.

BOLEH BELI! – Bagi mereka yang teringin beraksi dalam game bergenre FPS tetapi tidak cukup cekap menggunakan DualShock, mungkin Hori TAC4 adalah peranti yang anda nantikan selama ini. Penggunaan tetikus dan papan kunci memudahkan kawalan dan membantu tindakbalas refleks korang kepada ancaman yang dihadapi secara instant.

Ia menggunakan wayar untuk digunakan bersama console – bukan wireless!
Tidak boleh menghidupkan console menggunakan butang Home.
Permukaan yang berkilat boleh memudah kesan cap jari dan gris melekat.
Butang tetikus yang mungkin sukar dicapai oleh mereka yang mempunyai jari yang tidak begitu panjang.

+ Binaan yang berkualiti.
+ Ia menggunakan wayar untuk digunakan bersama console – tiada input lag!
+ Memberikan kawalan yang pantas seperti penggunaan papan kekunci dan tetikus di PC.
+ Mempunyai semua butang yang berada di DualShock termasuk touch pad.
+ Rekaan dan kedudukan butang yang intuitif dan mudah diingat.
+ Lampu backlight bagi pemain yang gemar bermain dalam gelap.
+ Papan kekunci yang mempunyai audio jack yang memudahkan penyambungan headset.
+ Tetikus yang membenarkan pemain mengubah sensiviti secara langsung dan pantas.

[su_box title=”JomBeli!” box_color=”#ff0000″]Khas untuk pembaca JomGaming! Korang boleh Order Hori Tactical Assault Commander 4 dengan menghantar ‘JGTAC4‘ ke Inbox Partner Seller kitorang dan dapatkan diskaun RM20!

Dapatkan penghantaran launch-day PERCUMA terus ke kawasan anda bagi yang menetap di Lembah Klang!

[/su_box]

Comments

comments

  • hazim

    Hello, macam mana dengan mouse dia? Pengalaman sama macam main pc guna mouse?