Selepas controller berwayar Razer Raiju dan Nacon Revolution untuk PS4, kini Hori tampil dengan Hori Onyx, controller PS4 versi wayarles selepas Hori Mini Wired Gamepad!

Hori, selaku pengeluar perkakasan gaming dari Jepun ini telah mengumumkan Onyx Wireless Controller yang akan mula terjual 15 Januari ini.

Controller terhubung melalui sambungan Bluetooth ini turut menampilkan rekaan besar dan lebar dengan susunan analog stick assymmetrical. Sekali tengok, macam controller Xbox pula!

Controller ini juga akan menampilkan ciri-ciri lain yang biasa ada pada DualShock 4, controller PS4 yang biasa seperti touchpad, motor untuk ciri getaran dan sebagainya. Bagaimanapun, tidak seperti controller berlesen rasmi yang lain seperti Razer Raiju dan Nacon Revolution yang perlukan wayar, Hori Onyx akan boleh digunakan secara wayarles!

Tiada harga diumumkan setakat ini bagi Hori Onyx. Jika dilihat kepada harga Razer Raiju dan Nacon Revolution, bersedialah untuk menabung sejumlah wang bagi mendapatkan Hori Onyx. Takpe, menabung itu amalan mulia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.