Hari ini saya akan memperkenalkan korang satu lagi game mobile yang syok, iaitu Honkai Impact 3! Game ini dibuat oleh syarikat Mihoyo dan versi SEA English telahpun dilancarkan baru-baru ini. Jadi best ke tak game ini? Jom baca!

Tajuk: Honkai Impact 3
Muat-turun: Google Play & iOS

Apa kelemahan game ini?

Pada pendapat saya, kelemahan game ini adalah pergerakan larian karakter game ini agak lembap. Semasa saya bermain game ini, pergerakan ini menyebabkan saya merasakan ada kekangan sepanjang saya bermain game ini. Ini amat penting kerana game jenis hack-and-slash biasanya agak laju rentak permainannya, jadi agak mengganggu tumpuan saya.

Game ini macam mana ya?

Game ini tetap satu game yang bagus. Antara faktor yang membuatkan game ini bagus ialah grafik stail anime yang mantap, gameplay hack-and-slash yang lancar dan mengasyikkan, pelbagai opsyen untuk pengubahsuaian karakter dan juga pelbagai cutscene dan alih suara yang menawan!

Grafik stail anime yang mantap!

Pertama sekali, grafik stail anime game ini amat mantap! Ianya setaraf dengan game-game konsol yang ada di pasaran sekarang, dan model-model karakter di dalam game ini cukup menawan! Korang boleh lihat sendiri di bawah.

Gameplay hack-and-slash yang lancar dan mengasyikkan!

Selain daripada itu, game ini juga mempunyai gameplay hack-and-slash yang lancar dan mengasyikkan! Setiap karakter ada pelbagai aksi-aksi dan kombo-kombo yang menarik dan padu untuk korang guna sepanjang permainan.

Di samping itu, korang boleh tukar karakter berganti-ganti ketika perlawanan untuk menghasilkan satu kombo yang unik dan juga mengancam! Korang pasti teruja!

Pelbagai opsyen untuk pengubahsuaian karakter!

Game ini juga mempunyai pelbagai opsyen dalam pengubahsuaian karakter yang korang boleh terokai!  Korang boleh dapatkan item-item untuk upgrade senjata dan dapat kemahiran sepanjang permainan, dan juga dapat costume baru!

Pelbagai cutscene dan alih suara yang menawan!

Tidak lupa juga, game ini juga mempunyai pelbagai cutscene dan alih suara yang menawan! Game ini menggunakan kehebatan grafiknya sepenuhnya dengan menghasilkan cutscene yang cantik lagi dinamik. Selain daripada itu, game ini juga menggunakan suara-suara daripada pelakon suara Jepun yang terkenal, seperti Rie Kugimiya!

Dengan cutscene dan juga pelakon suara yang berkaliber, ianya pasti mengindahkan lagi pengalaman korang bermain game ini!

Jadi, sekarang mari kita rumuskan point yang ada!

BOLEH DOWNLOAD

+ Grafik stail anime yang mantap.
+ Gameplay hack-and-slash yang lancar dan mengasyikkan!
+ Pelbagai opsyen untuk pengubahsuaian karakter.
+ Pelbagai cutscene dan alih suara yang menawan!

BOLEH BLAH

 Pergerakan larian karakter game ini agak lembap..

Comments

comments

  • Akira Yamato

    hmm ade additional download kalau tekan kat character bnyak kali..