Satu anugerah yang tiada siapa lebih layak menerimanya selain Hideo Kojima.

hideo-kojima-industry-icon-award-the-game-awards-2016

Hideo Kojima telah menerima Industry Icon Award, iaitu sebuah anugerah istimewa semasa The Game Awards 2016 yang berlangsung pagi tadi.

Penerbit dan pengacara anugerah ini, Geoff Keighley telah memberikan sebuah ucapan yang penuh bermakna, sebelum menyampaikan anugerah tersebut kepada Kojima. Keighley telah menyebutkan bagaimana konflik Kojima pada tahun lalu bersama Konami, yang beliau sifatkan sebagai detik paling hitam dalam karier Kojima sebagai seorang pembikin game.

The Game Awards 2015 pada tahun lalu juga telah menimbulkan sedikit isu apabila Kojima sendiri tidak dibenarkan oleh Konami untuk menghadirkan diri ke acara anugerah tersebut.

Dalam anugerah pada pagi tadi juga, Kojima turut memperlihatkan teaser kedua untuk game terbaru daripada produksi beliau, Death Stranding. Juga seperti teaser-nya yang pertama, ia bukan memberikan lebih banyak maklumat, tetapi lebih menimbulkan banyak persoalan. Pastinya sebuah game yang cukup misteri!

Anda boleh saksikannya di bawah:

Comments

comments