Saksikan koleksi-koleksi set LEGO Hideo Kojima ini.

Kita semua pasti sudah mengetahui bahawa game terbaru daripada Hideo Kojima, Death Stranding bakal menggunakan enjin game yang direka Guerrilla Games, iaitu enjin game yang sama bagi membangunkan Horizon: Zero Dawn.

Terbaru, Kojima di laman Twitter-nya telah mempamerkan set-set LEGO istimewa, membentuk Tallneck, sebuah robot yang pernah ditunjukkan dalam trailer Horizon: Zero Dawn. Beliau telah memuatnaik beberapa gambar set-set LEGO ini yang pada mulanya belum dipasang, dan kemudian ia telah siap dicantumkan, membentuk Tallneck yang sangat kemas.

Sebenarnya, set-set LEGO istimewa daripada Horizon: Zero Dawn ini mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ia pada awalnya direka oleh seorang peminat bernama Wayne de Beer. Tertarik dengan rekaan beliau, pengurus komuniti Guerrilla Games telah memanggilnya ke studio untuk mengajarkan kepada mereka bagaimana untuk mencipta set LEGO bertemakan Horizon: Zero Dawn tersebut. Dan seterusnya kini, ia telah berada di tangan pencipta Metal Gear Solid, Hideo Kojima, jauh di negara Jepun.

Dengan gambar-gambar yang dimuatnaik oleh Kojima ini, adakah Guerrilla Games bakal mengeluarkan set LEGO rasmi untuk Horizon: Zero Dawn? Pasti ramai peminat di luar sana yang ingin membuat koleksi LEGO berbentuk robot-robot mekanikal masa hadapan ini, ya tak?

Comments

comments