Masih belum mencuba game ini? Ini adalah edisi terbaik untuk korang dapatkan!

Hari ini, Sony dan Guerrilla Games telah melancarkan Horizon: Zero Dawn’s Complete Edition, edisi “game of the year” untuk game yang sungguh indah ini. Edisi ini dilengkapi dengan DLC terbaru yang baru sahaja dikeluarkan pada bulan lalu, iaitu The Frozen Wilds.

Dalam trailer pelancaran yang dikeluarkan, ramai individu-individu ternama yang memberikan “maklumbalas” kepada game ini, menyatakan betapa hebatnya game ini. Antaranya insan yang ditampilkan dalam trailer ini adalah Hideo Kojima, yang mana beliau katakan Horizon Zero Dawn sebagai “sangat mengagumkan” dalam bahasa Jepun.

Korang boleh saksikan trailer Horizon: Zero Dawn’s Complete Edition di bawah.

Sekiranya korang masih ragu-ragu untuk dapatkan game ini, korang boleh baca review Boleh Beli or Boleh Blah!?

Comments

comments