Apakah game yang paling menarik perhatian pencipta siri Metal Gear Solid ini untuk tahun hadapan?

Bercakap kepada GamesIndustry.biz, Hideo Kojima telah mendedahkan apakah video game dan filem yang beliau nanti-nantikan untuk tahun 2017.

“Memandang ke hadapan, untuk game, pilihan saya adalah Red Dead Redemption 2. Filem yang saya nanti-nantikan untuk 2017 adalah Blade Runner 2049,” kata Kojima.

Kojima mengagumi game-game keluaran Rockstar bukanlah perkara yang baru. Pada tahun 2013, beliau┬ámengatakan bahawa Grand Theft Auto V kelihatan sungguh menakjubkan sehingga membuatkan beliau “tertekan” kerana beliau menganggap ia adalah projek beliau sendiri. Beliau turut mengatakan ketika itu bahawa Metal Gear Solid V mungkin tidak mampu untuk memberikan impak yang sama.

Red Dead Redemption 2 sebelum ini dilaporkan bahawa ia bakal mempunyai 3 watak protagonis, pendekatan yang mirip dengan GTA V.

Red Dead Redemption 2 akan dilancarkan di PS4 dan Xbox One pada akhir tahun 2017.

Comments

comments