Umum hos bagi anugerah The Game Awards 2016.

Ini telah dikhabarkan oleh hos The Game Awards 2016, Geoff Keighley melalui laman Twitter beliau. Setelah dihalang Konami untuk menghadiri The Game Awards pada tahun lepas, Hideo Kojima akan kembali ke acara ini untuk menerima anugerah pada 1 Disember nanti.

Bagi mereka yang tidak mengenali Kojima, beliau merupakan direktor bagi siri utama Metal Gear, Snatcher, Zone of the Enders dan juga Boktai. Beliau juga pernah terlibat menyiapkan siri Silent Hill yang telah dibatalkan. Namun begitu, sedikit gameplay demo berjaya disiapkan yang dikenali sebagai P.T., yang sesungguhnya mendapat pujian dari seluruh komuniti gaming umumnya.

Terdapat desas-desus yang menyatakan cabaran antara hubungan Kojima dan Konami sehingga menyebabkan beliau meninggalkan syarikat itu. Kojima kini telah membuka studionya sendiri, hasil kerjasama dengan Sony dan kini dalam proses menyiapkan projek pertamanya yang dikenali sebagai Death Stranding. Masih belum banyak info mengenai Death Stranding tetapi ia sudah diketahui umum bahawa ia dibintangi oleh Norman Reedus dan Mads Mikkelsen.

JomBaca: Senarai lengkap pencalonan The Game Awards 2016.

Comments

comments