Setelah 9 minggu mendiamkan diri, akhirnya studio Hello Games bersuara mengenai No Man’s Sky.

no man's sky

Diumumkan oleh Hello Games, ‘Foundation Update’ ini akan berfokus pada pembinaan markas(base building) yang akan menjadi asas kepada semua kemaskini yang akan diberikan pada masa akan datang. Namun begitu, masih tiada tarikh tetap bila ianya akan diterbitkan.

Hello Games juga menyatakan bahawa walaupun mereka mendiamkan diri, tetapi mereka sedang aktif mengambil respon dan ingin membetulkan keadaan No Man’s Sky.

Sebelum ini, No Man’s Sky telah diletakkan di bawah siasatan Advertising Standards Authority (ASA), sebuah agensi yang mengawal kualiti pengiklanan di United Kingdom kerana melakukan promosi yang “menipu” pembeli.

Comments

comments