Teringin nak jadi seperti Harry Potter, Hermoine Granger atau Ron Weasley?

Harry Potter: Hogwarts Mystery adalah sebuah game RPG mobile dibangunkan oleh Jam City dan diterbitkan di bawah Portkey, label game baru bagi Warner Bros.

Melalui game ini, pemain berpeluang untuk reka satu karakter dan bermain sebagai seorang pelajar menetap di sekolah Hogwarts penuh magik dan berbahaya ini.

Pemain boleh mendaftarkan diri ke kelas-kelas dan aktiviti magik yang peminat Harry Potter mahu belajar seperti kelas Defense Against the Dark Arts, Potions, Duelling Club dan banyak lagi. Lebih-lebih lagi, tenaga pengajar ikonik dalam dunia Harry Potter juga akan muncul kembali dalam game ini.

Namun, kita masih lagi tidak tahu bagaimana gaya game ini akan dipersembahkan dan bagaimana cara untuk berinteraksi dalam kelas-kelas ilmu sihir itu. Judul “Hogwarts Mystery” juga mungkin merujuk kepada satu cerita baru tetapi tidak dijelaskan oleh pihak pembangun.

Setakat ini, tiada lagi tarikh rasmi diumumkan untuk Harry Potter: Hogwarts Mystery dikeluarkan untuk Android dan iOS.

Selain Hogwarts Mystery, Harry Potter juga mendapat satu lagi game mobile AR yang dibangunkan oleh Niantic yang terkenal dengan Pokemon GO iaitu berjudul Harry Potter: Wizards Unite bakal dilancarkan pada tahun hadapan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.