Mungkin akhirnya Gabe akan menganugerahkan kita dengan Half-Life 3.

half-life-2-00

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Steam Awards diperkenalkan bersama dengan Autumn Steam Sale yang menggalakkan komuniti untuk mencalonkan game kegemaran mereka dalam pelbagai kategori yang disediakan. Namun begitu, terdapat satu anugerah yang memberikan kebebasan kepada komuniti untuk meletakkan apa-apa anugerah yang diingini.

Salah sebuah anugerah yang mendapat perhatian sekarang adalah ‘GAME THAT DESERVES A SEQUEL’ dan seperti yang ramai jangkakan, Half-Life 2: Episode Two telah dicalonkan dalam kategori ini. Ini adalah hasil buah fikiran GruffBarbarian yang dikongsi melalui laman Reddit di mana ia mula mendapat sambutan ramai.

Bagi mereka yang turut berminat untuk mengundi bagi anugerah ini bagi Half-Life 2: Episode Two, ianya boleh dilakukan disini.

Kami menjangkakan Half-Life 3 bakal diterbitkan pada 2019.

2+0+1+9 =12;
1+2=3;

Jadi, Half-Life 3 confirmed?

half-life-2-01

Comments

comments