Mana pemain-pemain pro Arena of Valor semua?

Sebuah pertandingan Arena of Valor, menawarkan hadiah kemenangan wang terkumpul yang cukup lumayan bakal diadakan di Kuala Terengganu pada bulan hadapan. Ia merupakan sebuah acara yang dianjurkan oleh Culture Creative Youth Consociation, dan disokong oleh Esports Malaysia Terengganu.

Paling menarik tentang pertandingan ini adalah ia menawarkan hadiah kemenangan terkumpul sebanyak RM30,000!

Dua kategori pusingan kelayakan akan diadakan – iaitu Malaysia Open dan Terengganu Open. Seperti terletak di namanya, Terengganu Open akan terbuka kepada hanya pemain dari Terengganu, manakala Malaysia Open pula terbuka untuk pemain yang berada di luar Terengganu.

Kedua-dua kategori pusingan kelayakan ini akan berjalan secara online terlebih dahulu. Hanya 32 pasukan dibenarkan untuk mendaftar bagi setiap kategori pusingan kelayakan.

8 pasukan yang layak ke pusingan akhir di Kuala Terengganu nanti bakal disediakan pengangkutan (dalam Terengganu) dan tempat tinggal. Walau bagaimanapun, pengangkutan dari luar Terengganu tidak disediakan.

Berikut adalah butiran tambahan yang perlu korang tahu tentang pertandingan ini:

Nama Pertandingan:
KT BN Youth E-Sport Cup 2018 – Arena of Valor (Mobile Gaming)

Tarikh:
13 dan 14 April 2018

Venue:
PB Sentral, Level 7 LFS Cinema, Kuala Terengganu, Terengganu

Hadiah Kemenangan:
1. Juara
– Wang tunai RM5,000
– Pakej ke Pulau Redang bernilai RM3.600
2. Naib Juara
– Wang tunai RM3,000
– Pakej ke Johor Austin Height Water & Adventure Park bersama hotel bernilai RM3,000
3. Tempat Ketiga/Keempat Up (2 pasukan)
– Wang tunai RM1,500
– Pakej ke Johor Austin Height Water & Adventure Park bersama hotel bernilai RM3,000
4. Tempat kelima hingga kelapan
– Pakej ke Johor Austin Height Water & Adventure Park bernilai RM1,000

Selain itu, kesemua pasukan yang menang di atas akan menerima sijil, medal, trofi dan lain-lain.

Jadi apa yang korang tunggu lagi? Kumpulkan kesemua rakan sepasukan dan daftar terus di sini atau ketahui lebih lanjut tentang pertandingan ini di Facebook Event mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.