Game battle royale baru untuk PlayStation 4!

Platform PS4 tidak mempunyai pilihan yang banyak untuk game bergenre battle royale. Dengan PUBG yang masih lagi eksklusif konsol untuk Xbox One, satu-satunya game bergenre ini yang boleh dimainkan oleh pemain di PS4 ialah Fortnite Battle Royale.

Namun semua itu tidak perlu dirisaukan lagi. Game yang mempopularkan genre battle royale sebelum ketibaan PUBG, H1Z1 akan dilancarkan ke PS4 pada 22 Mei ini dalam versi open beta. Dan yang paling penting, ia adalah game percuma.

Dalam versi PS4 ini, terdapat banyak senjata baru, sistem progression baru, dan UI yang ditambahbaik. Paling menarik, ia akan membuang sistem crafting, seterusnya memperkenalkan sistem loot baru yang lebih ringkas.

Untuk membuatkan H1Z1 mempunyai perlawanan yang lebih tegang, Daybreak Games akan mempercepatkan gameplay game ini dengan sistem airdrop yang akan membuat pemain lebih bergerak pantas dan sentiasa dalam pertempuran.

Sekiranya korang dah tak sabar untuk menantikan game ini, korang boleh daftar untuk closed beta terlebih dahulu di sini.

Korang boleh saksikan teaser trailernya di bawah:

Comments

comments