Guna Kad Kredit Syarikat Belanja USD1 Juta Dalam Game Mobile! Tergoda Sangat Kot!

Seorang lelaki 45 tahun, Kevin Co daripada Sacramento, California baru-baru ini mengaku bersalah kerana menggunakan kad kredit syarikat dan menggelapkan USD4.8 juta!

USD1 juta daripada wang tersebut kemudiannya dibelanjakan untuk Game of War – mobile game yang menjadi glemer kerana iklan yang dilakonkan oleh Kate Upton.

Game ini mengumpulkan sejumlah USD1.6 juta keuntungan sehari, tetapi Co berjaya membelanjakan jumlah yang hampir sama seorang diri!

Selain daripada game, Co turut membelanjakan dana tersebut bagi kereta mahal, pembedahan plastik, keahlian eksklusif kelab golf di Whitney Oaks Gold Club di Rocklin, California, perabot rumah, dan tiket musim ke perlawanan San Francisco 49ers dan Sacramento Kings! Kesemua maklumat ini ada di dalam perjanjian rayuan beliau yang boleh korang baca di Ars Technica.

Co mengaku bersalah kerana menggelapkan dana syarikat selama tujuh tahun. Beliau akan mula menjalani hukuman Mei tahun hadapan.

Comments

comments