Semalam selepas The Game Awards, GUillermo Del Toro menggunakan Twitter untuk menulis pesanan buat Konami.

Guillermo Del Toro, pengarah filem (Hellboy, Pacific Rim, Pan’s Labyrinth) yang pernah bekerjasama dengan Hideo Kojima bagi pembikinan game Silent Hills, semalam ber-tweet, dan bunyinya agak keras!

Seperti yang kita semua ketahui, Del Toro bersahabat dengan Kojima. Dan semalam terdapat berita bahawa Kojima dipisahkan daripada pasukan pembangunan Metal Gear Solid 5 sepanjang 6 bulan terakhir pembangunan game tersebut!

Tambahan lagi, Konami telah melarang Kojima daripada menerima anugerah Industry Icon pada tahun lepas – tahun ini, Kojima menerima anugerah yang sama!!

Selain itu, Konami turut membatalkan projek Silent Hills antara Del Toro dan Kojima selepas teaser PT yang mendapat pujian ramai!

Berikutan daripada kesemua alkisah ini, Del Toro menggunapakai sentimen Internet pada ketika ini terhadap Konami dengan menulis tweet, “F**k Konami”.

Del Toro turut menulis tweet berikut selepas penganugerahan Kojima!

Tidak cukup dengan itu, Del Toro turut menyuarakan rasa tidak senang beliau terhadap keputusan Konami membatalkan projek Silent Hills. Beliau meniyifatkan tindakan itu sebagai ‘antara benda paling bodoh pernah beliau lihat’.

Del Toro kini sedang bekerjasama dengan Kojima di dalam projek terbaru Kojima – Death Stranding. Korang boleh saksikan Del Toro di dalam trailer terbaru Death Stranding di sini.

Comments

comments