Guillermo del Toro pernah bekerjasama bersama Hideo Kojima sebagai penolong pengarah P.T. Kali ini beliau bercerita tentang kerjasama di dalam Death Stranding!

Di dalam satu temuramah bersama IGN, beliau berkata beliau akan memainkan peranan yang lebih kecil di dalam Death Stranding yang dihasilkan oleh Kojima Production.

Beliau berkata, “Saya terlibat sebagai seorang karakter. Kojima-san menelefon saya dan berkata ‘Saya mahu anda menjadi karakter di dalam game tersebut,’ dan saya terus bersetuju! Beliau membincangkan idea mengenai karakter tersebut, selain itu saya tidak terlibat secara kreatif langsung.”

“Ini sepenuhnya adalah game Kojima-san. Saya rasa ianya akan menjadi game yang hebat, 100%. Ini adalah beliau dengan idea beliau. Saya hanya patung di dalam tangannya. Peranan saya hanyalah sebagai pasukan sorak kepada idea-idea beliau, dan diimbas berjam-jam lamanya. Itu sahaja.”

Apabila ditanya tentang proses imbasan motion capture bagi game tersebut, beliau menjawab;

“Kami melakukan proses imbasan yang sangat teliti. Ianya mengambil masa lebih kurang tujuh jam, hanya untuk proses imbasan. Kami juga menggunakan tiga kali ganda jumlah kamera daripada yang biasa bagi model jarak medium ataupun close-up. Saya sendiri pernah melakukan imbasan bagi filem-filem saya, dan saya tahu apa yang beliau lakukan akan menjadikan saya karakter yang sebenar di dalam game beliau nanti.”

Death Stranding sedang dibangunkan bagi platform PlayStation 4.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.