GTA5 Online: DLC Lowriders Buat Komuniti Main Kereta Lompat!

20 Oktober lepas, Rockstar telah release DLC bagi GTA Online – Lowriders. Dalam DLC kali ini mereka memperkenalkan Benny’s Original Motor Works, tempat untuk korang custom kereta lowrider korang dengan hidrauliks, rim dan bling-bling!

Baru aje 5 hari, dan komuniti GTAV di dalam r/gaming Reddit dah pon berkongsi video-video trick stunt diorang bersama kereta lowrider mereka yang boleh melompat tinggi!

Semuanya bermula dengan gif ini. Sebuah kereta melintas bawah sebuah lowrider yang sedang mendongak naik. Impressive bukan?

Kemudian gif ini pula muncul! Sebuah kereta meluncur laju di bawah sebuah kereta Lowrider yang melompat tinggi! Memang awesome!

Tapi yang paling gilebabeng adalah gif ini yang … ahh korang tengok aje lah!

Pandai jugak Rockstar produce DLC yang boleh buat komuniti kembali sibuk membuat aksi-aksi sebegini! Korang ada buat aksi sebegini? Share lah dengan kitorang!

Comments

comments