GTA V: Rahsia Telefon Bimbit Yang Penuh Misteri!

Nampaknya, easter egg yang terdapat dalam GTA V masih banyak lagi yang belum terungkai. Kini, pemain telah menemui sebuah misteri telefon bimbit pula!

Seperti yang telah ditemui oleh pengguna Twitter @KarmaIngram1, misteri ini kelihatan lebih kompleks daripada yang disangka.

Apabila korang mendail nombor 1999EMPDROP (1-999-367-3767), sebuah letupan (EMP?) akan terjadi di udara dan tema telefon bimbit korang akan bertukar menjadi warna hitam. Nama contact nombor itu juga ada diberi, iaitu ‘Black Cellphones’. Tudia! Penuh dengan unsur kegelapan dan mistik…

gta-easter-egg-black-cellphones

Misteri ini hanya terdapat dalam single-player, dan boleh dilakukan oleh ketiga-tiga character. Apa yang lebih membuatkan perkara ini lebih menarik, antara cakap-cakap yang dibincangkan oleh para pemain, letupan tersebut mempunyai perkaitan dengan UFO – suatu easter egg yang tidak asing lagi dalam dunia GTA V. Wow!

JomBaca: Apabila Dunia GTA V & Watch Dogs Bertembung, Pelik Tapi Memuaskan!

Comments

comments