Grand Theft Auto V adalah penanda aras tertinggi untuk jualan dalam industri hiburan!

Siapa cakap gaming ini sia-sia? Nah, tunjukkan pada mereka bahawa Grand Theft Auto V (GTAV), sebuah video game – kini merupakan sebuah produk industri hiburan dengan jumlah jualan tertinggi melebihi USD6 bilion. Paling hebat ianya masih terus terjual sehingga ke hari ini!

Menurut laporan MarketWatch, sejak dilancarkan pada tahun 2013, GTAV telah terjual sebanyak 90 juta unit dengan nilai melebihi USD 6 bilion. Nilai ini mengalahkan jualan filem blockbuster seperti Star Wars dan Gone With The Wind – masing-masing dengan nilai jualan lebih dari USD 3 bilion sahaja.

Sumber: MarketWatch

Kejayaan GTAV ini dilihat berpunca daripada kekerapan update dan content baru yang dibawa ke dalam GTAV Online – sehinggakan pada 2017, 4 tahun selepas ianya dilancarkan, GTAV masih menduduki tempat keenam dalam carta jualan video game!

 

Waktu pelancaran GTAV di antara dua generasi konsol juga dilihat menyumbang kepada jualannya yang luarbiasa. Dengan menjual dua versi generasi game tersebut, Take Two Interactive selaku penerbit GTAV mungkin telah berjaya menjual game ini kepada gamers sebanyak 2x!

Bagi mereka yang masih meragui potensi kewangan industri gaming, ini pastinya berita yang bisa membuat mereka menilai kembali pandangan mereka terhadap gaming.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.