GTA 6: Rockstar Kasi Teaser Cambes!

Beberapa hari lepas, Rockstar telah meng-upload satu video teaser untuk Grand Theft Auto VI di account Youtube RockstarGamesBETA mereka.

Video tersebut telah menunjukkan apakah yang mampu dilakukan oleh engine yang bakal digunakan oleh GTA VI. Pada awal video, mereka telah menunjukkan POV seorang character yang baru bangun dari pengsan, kemudian melakukan lompatan free-fall dari bumbung bangunan.

1

Seterusnya, video menunjukkan sebuah kereta seakan-akan Chevrolet Camaro berwarna kuning-hitam ala-ala Bumblebee sedang drift di tengah-tengah gurun. Kita leh tengok physics and particle engine yang mantap dalam scene nih!

2

Kemudian, video diteruskan dengan menunjukkan kawasan-kawasan di tepi jalan raya, bangunan-bangunan serta kawasan perumahan mewah dengan efek cuaca dan putaran masa yang berbeza serta graphic lighting yang konfem akan membuat air liur korang meleleh!

3

Dan seterusnya diakhiri dengan kata-kata “Grand Theft Auto VI COMING IN 2017”!!!

4

Memetik description video tersebut:

Vice City is back on a grand scale . We present to you the game engine and some interesting elements . See for yourself how many changes you waiting

GTA 6 is coming in 2017

Dan kitaorang ada dengar rumours jugak yang GTA VI bakal merangkumi seluruh Amerika Syarikat! Besar gila nih! Amacam, korang excited tak?!

Comments

comments