Grand Theft Auto V merupakan game yang telah mencatatkan jualan sebanyak 90 juta unit dan ia membuatkan sampai di satu tahap kita takut yang kita tidak akan dapat melihat Grand Theft Auto VI, buat masa sekarang.

Dengan kejayaan game itu yang sangat cemerlang, ia agak tidak terkejut jika mereka mengeluarkan satu lagi edisi khas yang akan hadir untuk versi konsol.

Tambahan pula dengan kekuatan spesifikasi dari Xbox One X, maka Grand Theft Auto V Premium Edition untuk Xbox One telah disenaraikan.

Grand Theft Auto V Premium Edition untuk Xbox One telah disenaraikan dalam laman web Amazon dan nampaknya edisi tersebut akan menyokong sokongan Xbox One X, bermakna visualnya dipertingkatkan sehingga ke tahap resolusi 4K.

Memandangkan game itu disenaraikan sebagai Premium Edition, kami pasti yang ia akan disertakan sekali dengan jumlah Shark Cards yang banyak atau pek Criminal Enterprise.

Walaupun masih belum ada maklumat yang sahih pada halaman senarai tersebut, ada satu perkara yang perlu ditekankan, yang mana tarikh keluarannya akan dikeluarkan pada 28 Mac 2018. Ini mungkin boleh menjadi tarikh untuk placeholder tapi kita sudah tahu bahawa Rockstar suka mengeluarkan sesuatu pada bulan Mac.

Ia akan menjadi sesuatu yang menarik untuk melihat game GTA V dimainkan di konsol Xbox One X dengan visual yang dipertingkatkan. Game ini semestinya akan dimainkan dengan lebih baik dan lancar pada Xbox One X.

Sumber: TheNerdMag

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.