Gran Turismo Sport: Mengapa Bukan Gran Turismo 7? Prologue atau Game Penuh?

Sejak diumumkan di Paris Game Week tempoh hari, ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya Gran Turismo Sport ini. Mana Gran Turismo 7 kami?

Peminat game racing telah lama berlumba di dalam dunia Gran Turismo sejak 1997 lagi. Series GT ini sentiasa berjaya membawa pengalaman simulasi racing dengan menggunapakai sepenuhnya keupayaan hardware platform yang ada. Sebab itulah series ini juga terkenal dengan production time yang lama sehingga 3-5 tahun!

GT Sport 03
Dimana dia GT7 saya?

Dalam temuramah bersama Kazunori Yamauchi, creator series GT ini, beliau pernah berkata “GT7 mungkin akan tiba bagi console Playstation 4 dalam setahun dua lagi (dari tahun 2013) menggunakan physics engine yang sama dengan GT6!”. Dalam satu temuramah lain pula beliau berkata “GT7 akan direlease sekitar tahun 2016/2017”.

Layan Juga: Paris Games Week: Semua Video Teaser Trailer Dari Playstation!

Kemudian Paris Game Week pon tiba, dan Sony announced Gran Turismo Sport. Apakebendenye pulak nih Polyphony? Adakah ianya edisi Prologue – edisi game kecil ala playable demo seperti GT5 Prologue? Ataupun adakah ianya sebuah game penuh sebagai gantian nama baru di atas platform hardware yang lebih powerful?

GT Sport 02
Tak sah kalau Gran Turismo takde car porn!

Gran Turismo Sport bukanlah Prologue mahupun game gantian kepada series GT.

Jim Ryan, CEO SCE Europe berkata GT Sport adalah hasil daripada perubahan yang dialami scene game racing. Jika GT yang terdahulu kebanyakannya dimainkan secara offline, racers masakini lebih suka bermain online! Maka lahirlah GT Sports – sebuah game racing online yang dibina di atas hardware PS4 yang awesome!

GT Sport 01

Dan yang paling best dalam GT Sports, korang boleh berlumba di dalam kejuaraan e-sport dan keputusan perlumbaan itu akan diakui oleh Federation Internationale de l’Automobile (FIA). Ada acara Nations Cup yang mungkin korang boleh berlumba mewakili negara. Dan ada Manufacturers Cup bagi yang kipas-susah-mati berlumba mengikut jenama kereta! Kesemua pemenang akan dilayan seperti pelumba professional dan akan menerima anugerah di acara tahunan FIA di Paris!

Jadi apa sebenarnya GT Sport nih? Kitorang rasa ianya menggunakan strategi Prologue tetapi berfokuskan pada gameplay online dan e-sport. Ini bermakna, kita semua akan distracted, dan Polyphony boleh meneruskan tradisi diorang produce next GT bertahun lamanya. Come on Polyphony, come on!

Comments

comments