Kratos dan Atreus kini berada di puncak kejayaan. 

Metacritic merupakan sebuah laman web yang mengumpulkan markah-markah review untuk video game daripada pengkritik-pengkritik profesional seluruh dunia.

Setelah review untuk God of War telahpun dikeluarkan pada minggu lalu, game terbaru oleh Sony Santa Monica ini telah berjaya menjadi game eksklusif PlayStation 4 paling tinggi markah reviewnya, menurut laman web Metacritic. Ini sekaligus meletakkan The Last of Us Remastered ke tangga kedua.

Jika dibandingkan pula dengan semua game yang pernah dilancarkan di PS4, hanya Grand Theft Auto V sahaja yang mampu mengatasi God of War.

Berikut adalah senarai 10 game terbaik, menurut Metacritic, yang pernah dikeluarkan ke platform PS4:

  1. Grand Theft Auto V (97)
  2. God of War (95)
  3. The Last of Us Remastered (95)
  4. Persona 5 (93)
  5. Metal Gear Solid V: The Phantom Pain (93)
  6. Uncharted 4: A Thief’s End (93)
  7. Journey (92)
  8. Bloodborne (92)
  9. Undertale (92)
  10. The Witcher 3: Wild Hunt (92)

Dalam review God of War: Boleh Beli or Boleh Blah!?, kami mengatakan yang game ini menampilkan hubungan bapa dan anak yang istimewa, pertempuran sinematik yang epik, gameplay memuaskan serta gabungan dua mitos yang unik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.