God Eater: Resurrection: Rasakan Pedang/Pistol Gergasi Ku Ini!

god-eater-resurrection-001

Hola!! Gamers, korang peminat kipas susah mati siri anime God Eater?? Kalau betul korang peminat setia, kiteorang ada berita gembira tau. Jom tengok!

Developer Shift mengumumkan sambungan kepada God Eater: Burst iaitu God Eater: Resurrection yang akan menemui peminat sejatinya pada 29 Oktober 2015. Yeahooo!! Konfem ini merupakan berita gembira bagi mereka yang gemarkan pertarungan melawan raksasa menggunakan pedang gergasi yang ditempa dari DNA raksasa itu sendiri!

god-eater-resurrection-002

Game berkonsepkan action role-playing game ini adalah berdasarkan anime popular Jepun iaitu God Eater. Dalam game ini, dunia kita telah mengalami kehancuran kerana ditakluki raksasa yang dipanggil Aragami. Korang sebagai God Eater kene menentang raksasa-raksasa ini menggunakan God Arc, pedang gergasi yang dihasil menggunakan sel-sel Aragami yang boleh transform dari bentuk pedang ataupun senjata api!

Nak tahu best ke tak, cuba korang layan trailer God Eater: Resurrection kat atas tuh! Percayalah, ianya sememangnya awesome! So sekiranya korang berminat dengan game RPG ini, boleh la standby duit korang tu sebelum 29 Oktober ni.

ADIOS!!

Comments

comments