Global Game Jam 2017: Aliran Gelombang Kreativiti Game Dev Seluruh Dunia!

Tidak kira jikalau korang gamer kasual atau kompetitif, noob atau veteran, mahupun suka buat troll atau suka tahap hardcore – di sebalik games yang korang main, ada sekumpulan mereka yang bekerja keras untuk membina pelbagai dunia imaginasi yang kreatif.

Bersempena acara tahunan Global Game Jam (GGJ) yang dilangsungkan di beberapa negara serata dunia, International Games Developers Association (IGDA) Malaysia telah mengadakan satu program game jam, iaitu acara merekacipta game secara jamming selama 48 jam!

IGDA adalah sebuah organisasi bukan untung yang berkhidmat menolong individu yang berpotensi dalam bidang pembangunan games. Dengan kerjasama KDU University College, IGDA Malaysia telah menjemput mana-mana individu yang kreatif untuk datang ke lokasi Utropolis Glenmarie, Shah Alam untuk Global Game Jam 2017.

KDU University College, Utropolis Glenmarie.
KDU University College, Utropolis Glenmarie.

GGJ Malaysia 2017 – Hari Pertama

Acara dua malam tersebut telah dijalankan dari Jumaat, 20 Januari hingga Ahad, 22 Januari 2017. Walaupun cuaca pada petang hari pertama membawa hujan lebat yang berlarutan, ia tidak mengurangkan semangat golongan first-comers. Ramai bergegas untuk mendapatkan kerusi bean bags dan sudut-sudut yang terbaik di ruang besar makmal komputer KDU.

Majlis perasmian bermula pada pukul 6.30 petang. Mengikut pengacara utama Bazil Akmal Bidin, aka Buzz, Global Game Jam selalunya diadakan pada hujung minggu terakhir bulan Januari tiap-tiap tahun. Tahun ini acara GGJ hampir bercanggah dengan perayaan cuti Tahun Baru Cina dan justeru jumlah penyertaan jammers adalah agak kurang dari tahun lepas. Oleh itu, suasana adalah tidak sangat terasa formal tapi lebih intim, dan tidak kurangnya berbunyi bising oleh jammers yang sangat ceria dan teruja.

Ruang makmal dipenuhi dengan beg, barang perkakas, dan jammers sedang bersosial.
Ruang makmal dipenuhi dengan beg, barang perkakas, dan jammers sedang bersosial.
Pengacara utama dan pensyarah KDU, Buzz mengalu-alukan kedatangan para peserta GGJ Malaysia 2017.
Pengacara utama dan pensyarah KDU, Buzz mengalu-alukan kedatangan para peserta GGJ Malaysia 2017.

Selepas mengucapkan terima kasih atas kehadiran jammers, Buzz menerangkan aturcara program. Beliau juga menjelaskan beberapa peraturan yang perlu patuhi, seperti kegunaan komputer-komputer makmal tahun ini dibuka pada pelajar KDU sahaja dan mensyorkan jammers hanya boleh membina games hanya dengan perisian tulen atau enjin software yang dibenarkan.

Untuk menjadikan GGJ Malaysia lebih seronok, Buzz mengalu-alukan jammers untuk membina game dengan cara kepelbagaian yang unik, juga dinamakan sebagai game jam diversifiers. Diversifiers boleh dilihat sebagai beberapa idea pembolehubah alternatif yang boleh dijadikan cabaran menarik yang boleh memberikan aspek unik pada hasil game jammers.

Buzz juga menayangkan video keynote address dari channel YouTube rasmi Global Game Jam. Antara ahli speakers dalam video tersebut adalah Carl Callewaert, pengarah evangelism untuk enjin software Unity, dan juga kumpulan YouTube berinformatif Extra Credits dengan memaparkan langkah-langkah untuk bekerjasama sebagai seorang game jammer.

Akhirnya, video keynote address ditutup dengan pendedahan tema Global Game Jam 2017!

Bukan senang nak bina satu game lengkap dalam masa 48 jam! Eloklah kalau ada geng yang sudah biasa berganding-bahu, tapi acara ini lebih menggalakkan jammers bergaul dan bertemu dengan orang baru. Oleh itu, antara syarat-syarat untuk menyertai GGJ Malaysia adalah jammers yang berpasukan dengan rakan-rakan sendiri tidak boleh mencipta dengan idea sendiri tetapi mesti memilih idea yang dibina secara rawak.

Bermacam-macam tajuk yang pelik keluar! Geng jammers kena berfikir secara kreatif nih!
Bermacam-macam tajuk yang pelik keluar! Geng jammers kena berfikir secara kreatif nih!

Untuk jammers yang menyertai secara individu, mereka boleh mencipta tajuk dan idea untuk game sendiri. Tetapi oleh kerana game jam tidak membenarkan berkerja secara solo, jammers boleh mendapatkan satu template powerpoint dari laman Facebook IGDA Malaysia Game Jam dan membuat satu persembahan pitching secara digital. Kalau idea itu atau tahap skill solo jammer nampak cukup menarik, bolehlah memikat beberapa kumpulan untuk menjayakan idea!

Idea dari beberapa solo jammers pun nampak menarik! Jammers yang lain boleh pilihlah yang mana nak tolong bina.
Idea dari beberapa solo jammers pun nampak menarik! Jammers yang lain boleh pilihlah yang mana nak tolong bina.

GGJ Malaysia 2017 – Hari Kedua

Pada hari kedua, kami datang untuk meninjau keadaan suasana dan berborak deangan jammers. Kami sempat menemuramah 3 daripada 19 pasukan yang menyertai GGJ ini dan mendapatkan kisah di sebalik proses pembangunan game masing-masing.

Team Slackers from YOUR Mom’s Basement
GameEscape from the Paintball of the Deep

Dari atas kiri – Bryan Mitchell JacksonEmi SuzuharaAnas AzmiAshura HazallyKyle Daywalker.

JG: Mengikut pengalaman anda, apa yang membuat GGJ Malaysia 2017 nampak agak berbeza dari mana-mana game jam yang lain?

Emi: Saya dan kumpulan saya perasan tahun ini kehadiran peserta adalah kurang dari tahun lepas, mungkin sebab waktu acara adalah terlalu dekat dengan perayaan Tahun Baru Cina. Tapi selain itu, perubahan yang ketara adalah di masa pitching semalam, di mana jammers mempersembahkan idea mereka dalam bentuk lebih teknikal.

Dulu kita menggambarkan idea dengan pen dan kertas, dan kemudiannya melekatkan poster hasil konsep ke atas dinding. Sekarang kita boleh muat turun satu template GGJ dari Internet dan mempamerkannya di komputer.

JG: Yang mana kamu lebih suka? Pitching dengan pen dan kertas atau pitching secara online dengan Facebook?

Emi: Saya rasa lagi elok cara pen dan kertas sebab ianya lebih interaktif dan lebih seronok. Cara pitching online rasa agak sunyi, tidak macam tahun lepas yang lebih menarik dan banyak boleh berbincang. OK je kalau kita kekal ikut cara tradisi, memang games dulu pun direkacipta cara ini.

JG: Seorang ahli dari Team Slackers tidak membawa laptop sendiri. Apakah yang telah dia sediakan?

Emi: Peraturan baru GGJ menjelaskan bahawa komputer makmal hanya terbuka untuk pelajar KDU sahaja. Apa yang kami telah buat adalah bergilir-gilir menggunakan komputer saya. Semalam dia telah membuat kerjanya sampai lewat malam. Kemudiannya bila dia nak tidur, saya pula mulakan kerja saya. Bila dia dah bangun, saya pun masuk tidurlah!

JG: Team Slackers telah memilih kamu untuk temuduga ini. Apakah peranan kamu dalam kumpulan?

Emi: Untuk tahun ini, saya bukannya berperanan sangat untuk mengetuai arah kerja kumpulan. Yang menariknya, secara am, kumpulan kita tidak ada seorang yang boleh dikata berpangkat ‘ketua’.

Idea untuk game kami direka cipta bersama-sama. Saya tolong dengan aliran jalan cerita dan user interface game, tapi saya rasa saya lebih dianggap sebagai koordinator. Jika artis kita membuat saiz karakter serupa bentuk, saya memastikan programmer kita juga faham cara pergerakkan tangan dan kaki karakter tersebut.

Team WeedIsLife
GameSave Yourself from Bungie Vengeance

Dari kiri – Nikkolai UlyanovRadhi ShahJoon ZaiiSha SobryYosua Bayu.

JG: Tajuk game korang adalah ‘Save Yourself from the Bungie Vengence’. Ceritakan pasal game korang ini?

Joon Zaii: Kumpulan kita terdiri dari pelajar-pelajar KDU yang baru bermula ke arah bidang game design, saya mencadangkan untuk membina game genre endless arcade, agak macam game Crossy Road.

Game kami berkenaan seekor kucing yang sedang bermain dengan tali bungee, tetapi tali tersebut pula terputus. Dalam perjalanan dia jatuh ke bumi, dia perlu mengelakkan diri dari beberapa halangan dengan nyawa terhad. Matlamat untuk game ini adalah mengumpul markah sebanyak mungkin. Markah tertinggi akan dirakam dan gamers boleh mencabar rakan.

JG: Bagaimana cara game korang mengikut tema ‘Wave’ pula?

Joon Zaii: Oh, karakter kami jatuh ke dalam laut! Memang sebahagiannya daripada itu, sambil karakter kamu jatuh, kadang kala air laut mengeluarkan gelombang ombak yang menolak kamu untuk melanggar halangan-halangan terapung.

JG: Ini adalah kali pertama kamu menyertai acara game jam, bagaimana pengalaman setakat ini?

Joon Zaii: Setakat ini, acara GGJ rasa sangat menarik. Kami berpeluang untuk belajar dengan lebih mendalam, terutamanya ada banyak veteran jammers yang sudi menolong kami. Acara ini telah banyak mendedahkan kita (pada game design) dan oleh sebab acara ini bukannya acara kompetitif, kami rasa senang hati dapat berjumpa dan bermesra dengan ramai para jammers.

JG: Bagaimana dengan progress game korang sekarang? Lewat dari jangkaan atau awal dari jangkaan?

Joon Zaii:Kalau mengikut tahap pengalaman secara keseluruhan antara ahli kumpulan, rasanya progress kami agak stabil, tak laju sangat atau lambat sangat. Kalau kami tidak faham mana-mana cara coding, ada banyak yang boleh kita bertanya. Contohnya seorang ahli kami tidak beberapa pandai dalam aspek seni lukis, tetapi adanya seorang pensyarah KDU yang kini pun sedang membimbingnya.

Team Making Abyss
Game: The Abyss

Dari atas kiri – Fuad SuhaimiAaron LimGee Hong TanJames LeeOng Jun QuanJoel Wong (tidak bergambar).

JG: Pernahkah kamu menyertai mana-mana game jam dahulu? 

Aaron: Saya telah menyertai acara game jam sejak GGJ Malaysia 2015 dan beberapa sesi game jam antara kolej sejak saya menjadi pelajar KDU dua tahun dulu. Saya juga giat melibatkan diri dalam sesi game jam Ludum Dare yang diadakan beberapa kali di sepanjang tahun. Saya juga berinteraksi dengan pensyarah Buzz melalui Games Project Studio 2 (group golongan pelajar KDU) untuk mendapatkan nasihat atau komen kritik pasal mana-mana game yang dihasilkan.

JG: Tiap-tiap tahun, Global Game Jam menggalakkan kegunaan diversifiers tetapi ianya baru ditekankan oleh GGJ Malaysia untuk tahun ini . Apakah jenis diversifiers yang korang masukkan?

Aaron: Saya ada terfikir untuk memasukkan diversifiers, terutamanya waktu saya merancang sebelum membuat pitching. Tetapi oleh kerana kumpulan kami adalah ahli-ahli yang baru berkenalan, saya rasa mungkin menambahkan diversifiers tidak memberi kelebihan atau kesan sinergi dengan reka bentuk game yang kami bayangkan.

Contohnya kalau kita nak masukkan diversifier berciri sarikata, rasanya ia tidak elok dengan suasana seram yang nak dibina dalam game. Diversifier yang berciri multiplayer agak menarik juga tetapi kami tidak melaksanakan oleh sebab faktor masa terhad.

JG: Untuk GGJ Malaysia tahun ini, KDU hanya membenarkan pelajar kolej menggunakan makmal komputer. Adakah kamu rasa ini kelebihan yang tidak seimbang dari segi kemudahan teknikal?

Aaron: Pada mendapat saya, peraturan ini akan lebih menghadkan interaksi dengan para pelajar KDU. Tujuan kita menyertai game jam adalah untuk berinteraksi sesama golongan developer, artis, dan sebagainya. Sepatutnya kita digalakkan berjumpa dan bergaul dengan orang baru.

Dengan peraturan yang menghadkan kemudahan jammers lain dari makmal komputer, pelajar KDU akan lebih bergantung pada pelajar lain. Saya rasa ini agak bertentangan dengan visi acara game jam.

JG: Adakah kamu rasa nak mengembangkan hasil game ini untuk masa hadapan?

Aaron: Salah satu perkara yang saya suka apabila saya datang ke acara game jam adalah tidak payah bimbang banyak sangat tentang game dibina tersebut. Jika tujuan membina game adalah mencari keuntungan, eloklah tuh. Bagi saya, saya datang mencari ‘lightning’.

Sebagai seorang game developer, saya ingin mencari ilham sebanyak mungkin. Ini demi untuk mengejar hasil yang unik dan tidak dapat dijumpai di mana-mana. Petua inilah yang saya akan simpan dan bawa bersama bila saya nak membuat pitching atau direkrut mana-mana syarikat industri game dev nanti.

Kalau game yang dihasil untuk acara ini boleh dimajukan dan dipasarkan, ianya sesuatu yang unik dan menarik yang saya akan rekod dan dokumentasikan. Di masa depan, bila saya dapat berjumpa dengan majikan di tempat kerja, bolehlah saya tunjuk hasil kerjasama ini dengan bangga.

GGJ Malaysia 2017 – Hari Ketiga

Selepas dua malam bekerja keras, suasana di hari ketiga adalah campuran rasa tenang dan tegang. Terlihat di skrin laptop jammers masing-masing adalah hasil game terakhir sedang dimainkan, kebanyakkan untuk diperiksa mencari bugs atau mana-mana kesilapan. Ramai juga menjemput jammers lain untuk mencuba dan memberi komen.

Seperti tradisi, GGJ Malaysia juga menyediakan jamuan pizza Domino’s untuk makanan tengah hari! Tapi tolong jangan makan dalam makmal ya!

Pizza party! Semua jenis pizza ada, jangan rebut-rebut ya!
Pizza party! Semua jenis pizza ada, jangan rebut-rebut ya!

Sementara menunggu tamat waktu sesi game jam, Buzz mengalu-alukan kumpulan yang sudah bersedia untuk muatnaik sistem game ke laman GGJ Malaysia. Beliau juga menyediakan laptopnya supaya jammers boleh membuat persembahan hasil kerja. Jammers pun beratur untuk cuba bermain di komputer Buzz dengan harap game mereka akan stabil semasa persembahan.

Gamers for life! Sambil menunggu sesi demo, baik kita jugak gaming di telefon sendiri dulu!
Gamers for life! Sambil menunggu sesi demo, baik kita jugak gaming di telefon sendiri dulu!

Mengikut laman web IGDA Malaysia, terhasilnya 19 games oleh 75 jammers, lebih kurang 3 hingga 5 orang dalam satu kumpulan. Mereka merupakan kelompok yang agak majmuk, ada yang sudah bekerja atau masih di tahap universiti, ada yang memang giat membina program game dan ada yang lebih berkemahiran seni artisan.

Dengan muka hampir mengantuk tapi perut kenyang penuh pizza, para jammers berkumpul di ruang makmal untuk mencari sudut terbaik dan menyaksikan sesi demo GGJ 2017.

Seorang jammer menjelaskan intro dan ciri gameplay Dwarven Polka Massacre.
Seorang jammer menjelaskan intro dan ciri gameplay Dwarven Polka Massacre.
Game ini pula menambahkan diversifier multiplayer! Memang syok dua orang boleh main nih!
Game ini pula menambahkan diversifier multiplayer! Memang syok dua orang boleh main nih!
Bukan sistem game sahaja kena kemas, cara membuat persembahan pun kena dapat memikat hati gamer lain!
Bukan sistem game sahaja kena kemas, cara membuat persembahan pun kena dapat memikat hati gamer lain!

Untuk melihat dan bermain game-game ini, korang bolehlah melawat di laman web IGDA Malaysia Game Jam Games. Semua games adalah percuma!

Buzz mengakhiri sesi demo game dengan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur KDU University College, dan kumpulan MyGameDev. Syabas kepada semua jammers! Jumpa lagi di Global Game Jam 2018 ya!

Comments

comments