Ubisoft telah mengumumkan Ghost Recon: Wildlands boleh dimainkan secara percuma di PlayStation 4, Xbox One dan PC pada hujung minggu ini.

Promosi itu didatangkan sekali dengan mode terbaru Wildlands ‘PvP 4v4’, Ghost War yang mana dilancarkan esok sebagai kemaskini percuma kepada game tersebut. Ghost War memperkenalkan beberapa pilihan mod spesifik map-map dan kelas-kelas. Semuanya diterangkan dalam trailer di bawah:

Jika korang mahukan sesuatu yang percuma di Wildlands atau kemaskini terbaru Ghost War. Promosi oleh Ubisoft itu akan boleh dimainkan dari 12 Oktober (Khamis) sehingga 15 Oktober (Ahad). Pemain PC boleh mulakan game pada hari ini melalui uPlay.

Kesemua versi Ghost Recon: Wildlands akan boleh didapati dengan diskaun sebanyak 50% untuk sepanjang tempoh durasi promosi ini berlangsung. Jadi korang boleh membelinya pada harga yang murah. Sebarang progression yang telah dilakukan dalam versi percuma akan boleh dibawa ke versi game penuh.

Comments

comments