Ubisoft telah mendedahkan sistem loot box untuk Ghost Recon Wildlands. Melihat kepada beberapa kontroversi berkaitan loot box baru-baru ini, Ubisoft sememangnya telah melakukan tindakan yang berani.

Apa yang dilihat sebagai percubaan untuk membuang pelbagai tanggapan negatif terhadap sistem tersebut, Ubisoft telah mengeluarkan Q&A untuk menjelaskan apakah kandungan yang terdapat dalam loot box tersebut dan bagaimanakah ia akan memberi keadilan kepada komuniti dalam game itu.

Macam mana mahu mendapatkan Battle Crates

Kesemua pemain akan dihadiahkan dengan Spec Ops Crate dan Ghost War Crate, yang mana boleh ditebus di Ubisoft Club. Battle Crates boleh dibeli dari Store dengan harga 400 Store Credits dengan setiap Battle Crate mengandungi tiga item yang mana pemain belum memiliki.

Kandungan Battle Crates

Battle Crate ialah nama kepada koleksi crates yang mana secara spesifiknya direka untuk mode campaign dan co-op (Spec Ops Crate) begitu juga untuk mode Ghost War (Ghost War Crate). Spec Ops Crates mengandungi Epic Weapons, Exotic Weapons, pelbagai jenis kenderaan dan banyak item kosmetik untuk pemain menikmatinya dalam mode campaign.

Ghost War Crates mengandungi Exotic Weapons (senjata versi re-skinned yang sudah boleh didapati dalam game, tidak memberikan impak kepada statistik senjata), item-item pengubahsuaian dan koleksi skins terbaru yang eksklusif untuk karakter pemain yang dipanggil sebagai Icons.

Secara keseluruhannya, kesemua item kosmetik yang pemain dapat boleh digunakan dalam mode campaign dan Ghost War. Terdapat lebih dari 200 item yang boleh didapati melalui Battle Crates. Kesemua item juga boleh dibeli di Store menerusi tawaran pelbagai packs, kecuali untuk skins Icons yang mana hanya eksklusif untuk Ghost War Crates.

Kamu boleh berunding untuk kesemua senarai item tersebut yang kamu dapat di halaman Ghost Recon Network.

Pengurusan Salinan

Tidak ada salinan dalam sistem Battle Crates. Kamu hanya akan mendapat item yang mana kamu masih belum dapat.

Item Rarity

Kesemua item yang didapati daripada Battle Crates mempunyai beberapa tahap rarity, mempengaruhi peluang mereka untuk mendapatkannya dalam setiap crate:

  • Rare
  • Epic
  • Lagendary

Battle Crates ini akan ditambah dalam kemaskini seterusnya yang diberi nama “Extended Ops” yang mana dijangka akan dikeluarkan pada bulan ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.