Ganas tapi comel tapi ganas, tapi comellll!

Selama ni apabila watak game dijadikan patung Nendoroid, penulis tak heran sangat. Tapi bila diorang sertakan Geralt – penulis tak tahan!

Geralt of Rivia dari game The Witcher 3: Wild Hunt merupakan karakter game terbaru diumumkan untuk mendapat versi patung Nendoroid. Patung dengan articulation penuh ini boleh korang pose dalam pelbagai gaya. Ia turut hadir dengan steel sword dan silver sword untuk melawan musuh nyata dan mistikal!

Barisan kad Gwent turut disertakan untuk korang gayakan Geralt bermain game tersebut.

Patung Nendoroid Geralt turut didatangkan dengan beberapa plate muka dengan ekspresi berbeza – termasuk wajah Geralt selepas menelan potion!

Scene mandi di dalam bath tub di permulaan game juga dapat korang gayakan dengan bahagian-bahagian mandian yang disertakan!

Paling comel, adalah video promo yang dihasilkan oleh Good Smile Company bersama Maul Cosplay.

Geralt Nendoroid ini dijangka akan dilancarkan September nanti pada harga USD45 (RM174.49). Untuk membuat tempahan ataupun maklumat lanjut, korang boleh melawat laman rasmi di SINI.

Comments

comments