Adakah anda sudah bersedia untuk mencabar The Witcher?

Protagonis utama siri The Witcher merupakan karakter terbaru yang akan sertai roster SoulCalibur VI daripada keseluruhan 9 karakter dalam game fighting terkenal ini.

The White Wolf kembali menghunus pedang ikoniknya dan akan berdepan dengan pelbagai pencabar tak kira manusia atau raksasa.

Lebih daripada kebolehan pedangnya, Geralt juga lengkap dengan kuasa Witcher iaitu Signs seperti mantera api Aard dan mantera menolak belakang Igni untuk mengalahkan lawannya.

Gabungan kepelbagaian kemahiran lawan Geralt secara semulajadinya dipadankan dengan gaya kombo SoulCalibur seperti Critical Edge dan Soul Charge.

Anda juga akan melihat Geralt bertempur di gelanggang yang berlatarbelakangkan tempat latihan di Kaer Morhen. Saksikan penampilan Geralt of Rivia melalui video di bawah:

SoulCalibur VI dijangka akan keluar pada tahun ini untuk PS4, Xbox One dan PC.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.