GENG RAID, nama pun dah macam 24 jam kaki raid. Memang betul-betul a big family. Main dengan diorang bole buat sampai 10 Fireteam, which is (10×6)=60 players. Tak ke ramai tu? Jom! Kita tengok macam mana GENG ni dibentukkan.

GENG RAID MY
GENG RAID [GR] Logo
JG: Apa nama clan and bila clan ni ditubuhkan?

GR: GENG RAID & tarikh clan ni ditubuhkan adalah pada 21/11/2014

JG: Kenapa pilih nama clan ni?

GR: GENG – Friendly/Team work/United. RAID –  Our major focus/objective/core in Destiny.

JG: Kenapa clan ni ditubuhkan? Ada future plans ke untuk clan ni?

GR:  Fokus utama clan ini ditubuhkan adalah untuk menyelesaikan mission raid bersama-sama. Matlamat clan ini ditubuhkan/diwujudkan adalah semata-mata untuk menambah kenalan/ahli baru clan dalam dunia Destiny dan secara tidak langsung dapat menyelesaikan masalah kekurangan manpower dalam Fireteam raid mission Vault of Glass (VOG) ketika itu. Ini kerana ketika itu ada 8 ahli clan adalah tidak balance and unfair because 6 people going to raid and 2 people in waiting list, tak adil kalau macam tu.

JG: Siapa original veteran players dalam GENG RAID

GR: Ada 9 player veteran dalam Geng Raid yang terdiri daripada lain-lain clan. Kami terdiri daripada bekas ahli-ahli clan Destiny seperti C4TT, Destiny of Dads dll. Ada juga originated daripada overseas.

Pertemuan sahabat/kenalan dalam dunia Destiny seramai 9 org adalah seperti berikut;

Generated from Bungie's Site
Generated from Bungie’s Site
  • Blackonifeso,
  • linuxskate,
  • muhammadkhairu,
  • sagiohikari,
  • talerq,
  • solarsmoke,
  • oskarmike,
  • kungfoozaki
  • ifiniteultrakill

JG: Apa yang membuat clan ini unik dan kenapa sangat penting? 

GR: Clan kami unik kerana terdiri daripada pelbagai peringkat usia dimana paling junior adalah Mr. Cicak berumur 7 tahun dan paling senior berumur 45 tahun ke atas.

Clan kami adalah clan yang betul-betul coordinated/terancang dimana setiap hari setiap misi yang ingin dibuat akan kita set fireteam dalam group WhatsApp “GENG RAID” dan “LFG” yang di create oleh founder dan admin. Selain group WhatsApp, clan kami mempunyai Facebook page Geng Raid Destiny yang aktif berbicara tentang destiny.

After King's Fall

JG: Apa criteria yang  GR cari dalam seseorang Guardian? Why?

GR: Kita tak ada criteria dlm pemilihan ahli Geng Raid. Semua boleh masuk asalkan ada minat dalam raid dan apa-apa aktiviti yang GR anjurkan. Semua ahli jika mahu keluar boleh leave bila-bila masa sahaja. Sebab kita mengandaikan bahawa ahli tersebut kurang serasi dengan ahli dalam GR. Sikap saling hormat-menghormati adalah satu perkara yang amat penting dalam menghidupkan semangat setiakawan dlm GR.

Whole bunch of GR
Merah dah semua!

JG: Apa yang KinderGuardians boleh benefit dengan clan ni? What can you offer them?

GR: Geng Raid adalah satu nama terbesar dalam dunia Destiny Malaysia. Kami yakin Geng Raid akan menjadi lebih berkembang dan dikenali lebih ramai memandangkan ramai ahli dlm GR sgt proaktif dan sentiasa memberi komitmen sepenuhnya dlm aktiviti harian Geng Raid. Lain-lain founder/admin sentiasa memantau ahli-ahli GR. Jika ada unsur-unsur perkauman atau unsur-unsur yang boleh menimbulkan perbalahan antara ahli GR. Founder/Admin akan segera menjadi org tengah utk pendamaian.

Semua ahli baru GR dijamin oleh Founder/Admin untuk memasuki Raid Mission – dengan syarat:-

  1. Libatkan diri dan bergaul bersama2 ahli GR dlm group WhatsApp.
  2. Microphone mestilah sentiasa ON dan WAJIB sbb communication antara fireteam adalah suatu perkara penting dlm misi menyelesaikan raid mission. (JG: LOL)
  3. Setiap ahli baru GR akan mendapat kawan baru – Guaranteed!!!

SOALAN-SOALAN PERIBADI BAGI GENG RAID

  • Player terpilih: Fa00dniza
  • Rank: Member

JG: Apa yang membuatkan Fa00dniza sangat komited dengan Destiny? 

Fa00dniza: Destiny adalah game yang pertama berdasarkan MMO FPS-Type game dan memang akan bosan kalau main game ni sorang.

JG: Apa kebaikan Destiny?

Fa00dniza: Game content (Raid puzzle, Quest, Secret, Glitch, Easter Egg) Cooperative play, dengan ini memang senang dapat kawan.

JG: Apa keburukan Destiny?

Fa00dniza: PvP diorang – ramai players suka compete dengan players lain and main terlalu serious.

JG: Apa character kegemaran Fa00dniza? Kenapa?

Fa00dniza: Titan, says suka guns kekerasan dan bukan strategic taktikal. 

JG : Daripada Raid Vault of Glass, Crota’s End dan King’s Fall. Mana satu raid yang Fa00dniza suka?

Fa00dniza: sah-sah King’s Fall. Bungie tak bagi Guardians buat raid solo kali ni. Takleh nak masuk raid tembak buta-buta. Mesti ada langkah-langkah tertentu dan strategy dia.

JG: Apa pandangan Fa00dniza tentang tea-bag dalam game?

Fa00dniza: Tea-bagging or not it’s just a game. Get a Life…. Saya tak faham kenapa players yang kene tea-bag – lagi-lagi Malaysians – nak kene amik tea-bag tu personal sangat, game je pun. Kalau kene tea-bag dengan players bawah umur tu faham la, sebab minda masih tak matang..

A Game sepatutnya jadi fun dan stress-relief. Tak ada fun kalau jadi terlalu serious. Bazir masa je nak simpan dendam dekat players lain. 

JG: Apakah pendapat anda tentang White Knight players?  

Fa00dniza: Walaupun ada players OP atau knowledge dalam Destiny tinggi, ini tetap game. Mungkin diorang nampak cool atau respected dalam game tetapi di realiti bagaimana? Renungkanlah.

Mainlah kerana hendak dapatkan lagi ramai orang untuk main sekali. Tak kesah lah laki atau perempuan. Main sebab ada common interest. Jangan main kebab nak gatai je naaa. (JG: Amboi jawapan dia… LOL)

JG: Apakah pendapat anda tentang game-breaking senjata atau character class imbalance?

  • Blink Shotgun?
  • Shadowshot Super?
  • Sunbreakers Hammer Time?
  • Stormcallers Electrocution?

Fa00dniza: Bukan senjata atau supers yang membuatkan players overpowered tetapi cara kegunaan daripada Guardians yang membuatkan mereka overpowered. I’ve seen players yang menggunakan supers atau senjata yang perks OP tapi tak dapat kills yang banyak. Example No Land Beyond – sniper yang paling susah nak guna dengan ada daripada mereka ingat senjata tu senjata sampah.

KESIMPULAN

GENG RAID memang from first hand experience, the most coordinated team I tengok so far untuk LonelyGuardians atau untuk KinderGuardians. Setiap kali tengok roster mesti ada yang RAID. Admin-admin mereka juga sangat aktif dalam game. I sendiri pernah masuk Fireteam yang junior division, diorang memang peramah. Tak kesah kaum, memang cara main dengan diorang fun and GR mungkin tak focus dekat crucible sangat, tetapi ada yang kalau nak crucible memang main saje-saje nak jumpa player lain. Facebook page diorang pun sangat aktif tapi ada syarat, nak masuk page ni kene jadi member kepada GENG RAID.

APA LAGI KINDERGUARDIANS Request masuk GENG RAID dan join Facebook page mereka. Hanya Destiny player sahaja yeeeee….

Comments

comments