Jom mula menghentak, melenyek dan menghumban dalam PS4 pula.

Game party yang menampilkan watak-watak comel bergocoh antara satu sama lain, Gang Beasts akan mula dilancarkan pada 12 Disember ini di PlayStation 4. Gang Beasts sudah sekian lama berada dalam versi Early Access di Steam (PC).

Dalam pengumuman yang dikeluarkan di PlayStation Blog, Double Fine Productions mendedahkan bahawa versi PS4 ini akan membawakan pelbagai pilihan pengubahsuaian karakter dan beberapa mode baru. Antara mode yang akan diperkenalkan adalah perlawanan bola sepak 2v2 dan mode co-op yang membenarkan pemain untuk melawan beberapa gelombang musuh bersama.

Korang boleh layan gameplay trailer Gang Beasts di bawah:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.