Dalam kebanjiran pelbagai game dalam pasaran sekarang, semua gamer tegar mesti ada seleksi game yang masih segar dalam ingatan.

Melalui #GameStruck4 yang tengah tular di Twitter, pemain-pemain tak kira dari pengarah filem Star Wars sehingga ke protagonis sebuah game di seluruh dunia berkongsi 4 game yang mempengaruhi hidup mereka.

Mengambil inspirasi dari hashtag ini, saya bertanyakan empat game yang membentuk hidup gaming dan berjaya menawan hati penulis-penulis kami di JomGaming. Mari kita lihat #GameStruck4 pilihan kami di JomGaming:

Faiz Tobeng

#GameStruck4: Football Manager, Battlefield, Winning Eleven/Pro Evolution Soccer dan Fortnite Battle Royale

 

Football Manager – Football Manager ialah sebuah game simulasi pengurusan kelab bola sepak yang sangat istimewa kepada saya. Ia bukan sahaja mencorak pemikiran gamer saya, tetapi juga membentuk jati diri saya dalam dunia sebenar. Game ini bukan sahaja mengajar saya untuk menguruskan sesebuh kelab bola sepak, namun juga mendidik saya untuk menjadi ‘pengurus’ kehidupan yang lebih baik.

Apa yang paling mengagumkan tentang siri Football Manager adalah bagaimana tepatnya analisis terhadap masa depan para pemain bola sepak di seluruh dunia. Berapa ramai pemain bintang dunia kini yang telah lama diramalkan oleh Football Manager untuk menyinar.

Battlefield – Siri game Battlefield dibangunkan oleh DICE ini, terutamanya Battlefield 3 dan Battlefield 4 mempunyai elemen sentimentalnya yang tersendiri kepada saya dan memukau saya dari segi gameplay. Kebanyakan rakan-rakan saya kenali dari dulu hingga kini datangnya dari Battlefield.

Mulanya hanya berkenalan secara online atau clanmates, akhirnya ia menjadi sebuah persahabatan yang makin erat di dunia sebenar. Komuniti game ini pula bukan sahaja saya berkenalan dengan gamers tempatan, malah mengeratkan lagi hubungan antara negara-negara jiran, terutamanya dari Indonesia apabila kami mengadakan pelbagai perlawanan persabahatan antara negara.

Winning Eleven/Pro Evolution Soccer – Sebagai seorang gamer dan peminat bola sepak, pasti kita ada satu game bola sepak yang telah dinikmati sejak kecil lagi. PES adalah siri game yang saya telah main yang mungkin tidak dapat dihutang berapa jam ia telah dihabiskan – terutamanya dalam mode nostalgianya, Master League.

PES adalah satu-satunya game yang saya pernah memasuki pertandingan secara kompetitif atau esport. Saya amat bertuah apabila dapat bersaing bersama-bersama dengan para pemain wakil negara yang bertaraf Asia (walaupun saya selalu dibelasah).

Fornite Battle Royale – Sebuah game shooter survival yang menjadi fenomena global kini, ia bukan sahaja dimainkan oleh gamers, malah turut dikenali dan dilaporkan oleh media arus perdana di seluruh dunia.

Satu fungsi yang membuatkan Fornite ini benar-benar mengagumkan saya adalah fungsi cross-platform yang merentasi bukan sahaja antara PC dan konsol, malah meliputi platform mobile – sesuatu yang saya masih tidak percaya mampu dilakukan oleh sesebuah game masa kini. Game ini disempurnakan lagi dengan game yang percuma, microtransactions untuk kosmetik sahaja, serta gameplay yang sungguh unik dan menghiburkan.

Intan Zarthana

#GameStruck4: Borderlands, Uncharted, The Last of Us dan Dragon Age

Borderlands – Borderlands merupakan siri first-person shooter menggabungkan elemen aksi open-world RPG dalam bentuk first-person shooter yang berjaya memenangi hati saya yang tidak suka akan first-person shooter. Penuh dengan lawak tak kering gusi dan easter egg dalam pemburuan Vault, saya memang terhibur dengan game ini.

Uncharted – Siri Uncharted ini berjaya tukarkan saya menjadi seorang gamer dan membuatkan saya percaya bahawa game adalah satu saluran hebat untuk menyampaikan jalan cerita secara interaktif.

The Last of Us – Naughty Dog sekali lagi berjaya menghasilkan game kaya dengan penceritaan mendalam. The Last of Us ini berjaya menyampaikan kisah tragis Joel dan Ellie sebagai salah satu karya hebat dalam game sehinggakan saya gunakan The Last of Us dalam tesis ijazah sarjana saya untuk mengkaji keunikan dialog yang mempengaruhi penceritaan game ini.

Dragon Age – Saya tidak pernah faham kenapa ramai orang menyukai genre RPG sehinggalah saya bermain siri Dragon Age. Dibangunkan oleh BioWare, anda harus membuat keputusan drastik yang dapat menukarkan jalan cerita watak anda dalam siri fantasi magik RPG ini. Pada pengakhirannya, anda sentiasa diangkat sebagai perwira gempak tetapi harus hidup dengan keputusan yang anda telah lakukan sebelum ini. Nampak sama macam realiti kan? Cuma tiada magik dan naga sahaja…

Liza Langkasuka

#GameStruck4: The Lost Mind of Dr. Brain, Pokémon Blue, Assassin’s Creed II dan Destiny

The Lost Mind of Dr. Brain – Diterbitkan pada tahun 1994, ini adalah bab ketiga dalam siri game mengikut genre educational games dari syarikat Sierra On-Line. Ia terdiri dari 11 jenis mini games yang unik seperti teka-teki music, susunan petak kod, pantulan pergerakkan bola, dan lain-lain. Objektif game adalah membaik-pulih otak pemikiran watak utama Dr. Thaddeus E. Brain, akibat kesilapan eksperimen makmal.

CD game ini disertakan diantara set software dari PC jenama IBM, sewaktu ibu bapa saya membelikan komputer terbaru untuk kegunaan keluarga. Di mana kanak-kanak lain melepak di kedai-kedai arked atau menghadap Game Boy, saya amat kagum dengan aplikasi interaktif ini yang mencabar kepekaan minda. Kini, anda boleh main game ini secara percuma! Klik di sini.

Pokémon Blue – Pokémon versi Red and Blue adalah game RPG hasil dari syarikat Game Freak untuk Nintendo Game Boy. Anda boleh mengawal karakter utama dari sudut perspektif dalam sebuah pengembaraan merantau dunia Pokemon. Setiap makhluk Pokemon mempunyai ciri-ciri kuasa ajaib yang boleh menjadi kelebihan atau kelemahan apabila bertarung dengan Pokemon lain.

Ia membuka mata saya pada genre RPG dan dunia open-world dalam game. Saya juga suka mengkaji fakta dan aspek dalam membina pasukan yang kuat. Tabiat ini bersambung lagi dalam pelbagai game RPG yang saya mainkan kemudiannya, seperti Diablo 3 dan Skyrim.

Assassin’s Creed II – Game aksi ini adalah hasil kerja Ubisoft dan merupakan game kedua dari siri Assassin’s Creed. Pemain mengikut pengalaman hidup watak utama Ezio Auditore, seorang bangsawan Itali di zaman abad-16 yang terjebak dalam satu peperangan rahsia yang menglibatkan golongan ahli gereja Katolik.

Sewaktu zaman universiti, saya banyak melapangkan masa dengan menonton video-video gamers di laman YouTube. Bukan sahaja saya tertarik dengan cara game ini dimainkan, tetapi juga dapat saya menghayati jalan cerita sebagai unsur penting dalam sebuah game. Game inilah yang mendorong saya untuk menjadi seorang gamer dan membuat gaming sebagai hobi utama.

Destiny – Destiny dibangunkan pertama kali oleh Bungie dan diterbitkan oleh Activision pada 20 September 2014. Game berkonsep unik ini menggabungkan genre aksi FPS, pengembaraan RPG, dan kerjasama sepasukan MMO. Walaupun ia menerima banyak pujiaan di waktu pelancaran, sekuelnya, Destiny 2, mendapat pelbagai sambutan yang pelbagai.

Dari dulunya, saya adalah seorang solo gamer. Namun, kerana saya tak nak terasing dari misi-misi yang memerlukan kerjasama gamers lain, saya memberanikan diri untuk membuat permintaan LFG (looking-for-group) di antara komuniti PS4. Dari game inilah saya mula terserempak dunia online multiplayer, perbezaan antara PvP dan Co-op, dan juga maksud terminologi ‘git gud scrub’.

Zack Salleh 

#GameStruck4: Street Fighter II, Earthworm Jim 2, Fallout 2 dan World of Warcraft

Street Fighter II – Mempopularkan PVP di arked-arked zaman 90-an. Saltiness starts here with 20 sen.

Earthworm Jim 2 – Sebuah platformer yang tidak terlekat pada satu idea. Melompat dari level ke level dengan pelbagai rekaan yang cukup variasi dan boss yang cukup menghiburkan

Fallout 2 – Memperkenalkan sistem RPG yang cukup mendalam dan NPC yang cukup ramai dengan pelbagai personaliti. Biasanya terdapat lebih dari 1 atau 2 cara untuk mencapai objektif korang. Sememangnya sebuah klasik!

World of Warcraft – Kalau anda teringin main MMORPG, ini antara yang patut korang cuba sebab content dia memang banyak dan juga komuniti yang cukup besar!

Sarah Akirien

#GameStruck4: Destiny 1, Them’s Fightin’ Herds, Ez2 Dancer dan Alice: Madness Returns

Destiny  – Penulis rasa tertarik dengan konsep FPS + RPG apabila melihat trailer game tersebut seperti game shooter ala-ala Final Fantasy. Penulis memang suka melihat pemandangan dan mendengar runut bunyi asli dalam game tersebut serta keseimbangan antara PvP dan PvE yang melahirkan keeratan kerjasama MMO.

Them’s Fightin’ Herds – Stail game fighting Air Dasher yang berasaskan haiwan ternakan yang memang comel tetapi gameplay terasa seimbang. Penulis sememangnya tidak begitu pandai dalam fighting game tetapi game ini senang untuk dipelajari. Mode seperti Pixel Lobby menarik ibarat PvP dalam Pokemon zaman Gameboy.

Ez2Dancer – Game ini merupakan dancing game di arked yang menggunakan 3 panel kaki dan 4 sensor tangan. Panel kaki membolehkan olahan pergerakan mudah untuk membuat kombo tarian dengan bergaya. Kini sudah tiada di arked dan digantikan dengan versi gen baru E5dss (Super Dance Station).

Alice: Madness Returns – Game aksi ini penuh dengan plot yang seram dan suram. Penulis memang suka tengok benda pelik-pelik di alam fantasi seperti hidung khinzir berterbangan dan fizik dunia yang tak masuk akal serta menikmati seni luar biasa game ini.

Badd Anuar

#GameStruck4: Digger, Tetris, Battlefield 3 dan Street Fighter 4

Digger – Digger ialah game PC awal 1990an yang selalu dimainkan penulis bersama bonda. Sebelum bermain game, kena pastikan kerja rumah siap! Lepas tu, baru boleh bermain game korek-korek berlian permata ini bergilir-gilir dengan bonda. Game ni mengajar penulis keutamaan dalam hidup, dan pentingnya penglibatan ibu bapa dalam penggunaan gaming semasa pembesaran kanak-kanak sebagai satu bentuk pendidikan.

Tetris – Game ini pula diperkenalkan oleh tokwan penulis, juga semasa awal 1990an. Satu hari, tokwan bawa pulang Tetris tiruan dalam bentuk handheld yang banyak terjual di kedai-kedai permainan. Kalau nak main, kena berebut-rebut dengan adik-adik sehingga tokwan buat peraturan, “kalau nak main, kene hafal sifir!”. Dari Tetris, penulis belajar strategic thinking, reaction time dan juga sifir!

Battlefield 3 – Battlefield 3 di PS3 mengajar penulis tentang kehidupan clan. Ahli-ahli clan Skuad Gagak Hitam akan berlatih bersama-sama sambil berseronok bermain BF3 ni. Kitorang akan mencabar clan-clan dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Jepun dan Australia bagi mengasah skill. Banyak kawan-kawan gaming yang dikenali kini, bermula daripada scene BF3 dulu.

Street Fighter 4 – Game ini membuatkan penulis ketagih. Kajian frame data bagi mencari kombo lalu digunakan di dalam pertandingan-pertandingan SF4 pada masa itu – buat penulis cukup teruja. Bersparring bersama kawan-kawan online dan offline, lalu bertukar-tukar maklumat frame data terasa cukup meriah, menambah lagi kegilaan untuk mengkaji frame data game tersebut.

Daniel Zuher

#GameStruck4: Max Payne, Spec Ops: The Line, Black dan Splinter Cell: Conviction.

Max Payne – Gabungan elemen bullet time dan noir yang menjadikannya sebuah game third person shooter yang menarik. Penulis suka dengan game ini kerana penulis memang minat dengan filem arahan John Woo, Hard Boiled. Lebih menarik game ini juga mengambil inspirasi dari filem tersebut. Tambahan pula karakter Max Payne yang serius tapi dalam masa yang sama ada ‘dark humour’ membuatkan perjalanan cerita lebih baik.

Spec Ops: The Line – “Adakah kau rasa macam seorang wira?” Game ini diinspirasikan dari novel Heart of Darkness tulisan Joseph Conrad. Pelbagai isu yang diketengahkan dalam game ini seperti penggunaan senjata kimia seperti White Phosphorus, kapitalism dan sikap tidak berperikemanusiaan yang berlaku ke atas watak utama, Captain Martin Walker di mana sesetengah game menembak lain tidak menekankan isu ini dan menganggap peperangan adalah satu bentuk keseronokan dan bersifat patriotik dan semangat wira.

Black – Ini merupakan game PS2 pertama yang dimainkan oleh penulis yang sememangnya menolak limitasi kekuatan grafik di PS2 membuatkan game ini kelihatan cantik dari segi tekstur dan pencahayaannya. Walaupun jalan ceritanya biasa-biasa sahaja dan tidak banyak levels, namun gameplaynya yang mencabar membuatkan game ini seronok untuk dimainkan.

Splinter Cell: Conviction – Penulis banyak menghabiskan masa dengan game ini berbanding mana-mana game Xbox 360 yang lain kerana jalan ceritanya yang seronok dan gameplaynya yang sememangnya terbaik. Pemain mempunyai pilihan untuk bermain secara stealth atau guns-blazing. Pada pendapat penulis, game ini mempunyai cover system terbaik berbanding game-game third person shooter yang lain. Oh tak lupa juga kepada mode Deniable Ops yang membuatkan penulis rasa ketagih untuk selalu bermain.

Kaiz Amari-Tai

#GameStruck4: Dark Souls, Overwatch, Castlevania dan Siri Hyperdimension Neptunia

Dark Souls – Dark Souls. Ianya dikenali sebagai video game yang kepayahannya tiada belas kasihan. Pernah dengar ayat “GIT GUD” ? Ya, ianya datang dari francais ini kerana game ini tiada tutorial yang dikeluarkan dalam game, semuanya ditentukan oleh pemain. Disebabkan itu la ianya adalah salah satu faktor unik dalam siri ini.

Ia mengajar kita bereksperimentasi dan belajar sesuatu, ibarat kita belajar berdikari, dan jika anda melepasi cabaran yang ada dalam game tersebut, anda akan merasa satu kejayaan yang teramat besar dan bermakna pada pemain.

Overwatch -Ada ninja, shotgun dengan cangkuk, ada robot, DJ yang boleh menyembuh segala kesakitan, hero yang membolehkan hidup semula, ada pemanah yang mengeluarkan naga. WOW! mimpi yang menjadi realiti di mana semua ini adalah idaman penulis sejak zaman kecik lagi. Dengan gameplay yang senang difahami, penulis menghadap game ini hampir 16 jam pada masa game ini keluar Mei 2015 dan sanggup mengambil cuti 1 minggu semata-mata main game ini.

Sehingga kini penulis wajib menyentuh game ini setiap hari. Jika orang lain menganggap DOTA atau CSGO adalah ‘dadah’ untuk beliau, Overwatch adalah ‘dadah’ bagi penulis.

Castlevania – Castlevania adalah salah satu siri videgame yang penulis membesar dengannya pada zaman kanak-kanak. Bermula dengan siri Symphony of the Night dari PS1, dengan protagonis yang sangat cool, pelbagai senjata untuk mencari, magic untuk digunakan, skill untuk belajar, pelbagai cabaran akan ditempuhi, boss yang memberi ancaman kuat kepada pemain, ada beberapa ending berdasarkan aktiviti pemain, alunan muzik yang masih tidak basi didengari sehingga kini.

Siri ini juga bermulanya penulis menjadi ‘completionist’ di mana penulis menyelongkar setiap kandungan yang terdapat dalam game ini dan sifat ini dibawa ke game lain sehingga kini.

Siri Hyperdimension Neptunia – Yep, anda jangan gelak. Setiap gamer akan adanya video game yang dikenali sebagai ‘guilty pleasure’. Tetapi dengan siri ini, ianya lain dari yang lain kerana siri ini sebenarnya adalah berdasarkan video game. Protagonis siri game ini adalah berdasarkan dari Sega, Playstation, Xbox dan Nintendo dengan gimik masing-masing. Setiap siri plot berdasarkan dari isu semasa yang berlaku pada masa itu. Ianya termasuk isu cetak rompak, maklumat digodam, pengeluaran konsol terbaru, dan lain-lain.

Walaupun dari segi gameplay tidak seimpak seperti RPG macam Final Fantasy dan Persona, disebabkan elemen yang terdapat dalam siri inilah penulis mengambil siri ini secara serius dan ianya secara tidak langsung menambah pengetahuan dalam isu video game dengan bermain siri ini.

Inilah #GameStruck4 pilihan kami penulis-penulis di JomGaming. Apa pula empat game yang telah mengubah hidup korang? Kongsikan dengan kami di ruangan komen di bawah, kami nak dengar!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.