Setiap kali sebelum mana-mana siri terbaru Assasin’s Creed dilancarkan, pasti Ubisoft akan mengeluarkan sebuah trailer cinematic yang cukup memukau. Dan semestinya Assassin’s Creed Origins tidak terlepas dalam melancarkan sebuah trailer yang pasti akan buat korang ternganga!

Trailer yang menggunakan lagu You Want it Darker nyanyian Leonard Cohen telah memperlihatkan suasana dan persekitaran Mesir Purba dengan sungguh indah. Trailer ini diakhiri dengan aksi serbuan oleh Bayek, protagonis dalam game ini, yang menyajikan aksi-aksi pertempuran cukup epik – seperti menahan dan mengelak panahan, bertempur jarak dekat, memanah menggunakan kaki – dalam cubaannya untuk membunuh firaun.

Jom layan:

Assassin’s Creed Origins akan dilancarkan pada 27 Oktober 2017 di PC, PS4 dan Xbox One.

JomBaca: Tonton 18 Minit Gameplay Terbaru Assassin’s Creed Origins Yang Memaparkan Side Quest

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.