Hanya tinggal seminggu lagi, bersediakah anda mengharungi kisah hidup Chloe di Arcadia Bay?

Sekilas pandangan daripada trailer ini menyaksikan kisah seorang remaja, Chloe Price berasa keseorangan dalam menghadapi cabaran emosi dan drama keluarga di Arcadia Bay.

Semuanya berubah apabila Chloe bertemu dengan Rachel Amber yang tidak disangka-sangka bersekolah bersama dengannya dan seperti Chloe, Rachel juga mempunyai kisah serta cabarannya tersendiri.

Sama ada Chloe dan Rachel dapat menyelesaikan cabaran dihadapi oleh mereka berdua atau menjauhkan diri antara satu sama lain, semuanya terpulang kepada anda.

Life is Strange: Before The Storm merupakan prekuel untuk Life is Strange iaitu tiga tahun sebelum kejadian dalam game pertama di Arcadia Bay.

Bagi yang teringin untuk main game ini tanpa main Life is Strange, boleh sahaja tapi anda boleh mengenali lebih sedikit tentang latar belakang Chloe Price dan Rachel Amber dalam Life is Strange.

Life is Strange: Before The Storm akan tiba dengan episod pertama berjudul “Awake” pada 31 Ogos untuk PC, Xbox One dan PS4.

JomBaca: Saksikan Trailer Terbaru Life is Strange: Before The Storm Deluxe Edition – Mainkan Max Buat Kali Terakhir!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.