Kingston HyperX terus melangkah maju dalam mengeluarkan alatan untuk komuniti PC gaming.

Jenama HyperX secara umumnya dikenali dengan RAM dan gaming headset yang berkualiti, kini mereka ingin meluaskan pasaran dengan mengeluarkan ALLOY RGB Gaming Keyboard dan Pulsefire Gaming Mouse untuk pasaran dunia.

Berikut adalah keluaran terkini daripada HyperX:

 

ALLOY RGB Gaming Keyboard – Gaming keyboard ini diperbuat daripada besi aloi untuk memastikan ketahanan yang berpanjangan. Didatangkan dengan LED yang mampu memberikan sebanyak 16 juta warna, ALLOY RGB Gaming Keyboard juga dibekalkan dengan kekunci media khas yang memudahkan pengguna untuk mengakses dan mengawal segala keperluan media dengan mudah.

Pulsefire Gaming Mouse – Direka untuk mereka yang serius dengan gaming, sensor bagi mouse ini didatangkan dengan 4 DPI preset (400/800/1600/3200) yang boleh dilihat melalui petunjuk LED. Penukaran preset ini boleh dilakukan secara serta-merta tanpa memerlukan sebarang software. HyperX berharap Pulsefire Gaming Mouse bakal menambat banyak hati dengan prestasi yang tinggi tetapi dengan harga yang berpatutan.

Ikuti review kami mengenai headset gaming HyperX Cloud Revolver.

Comments

comments