Ubisoft cuba membawa para peminatnya ke angkasa lepas pula?

ubisoft-watch-dogs-2

Semalam, kami ada melaporkan bahawa terdapat sebuah video trailer dalam sebuah mission dalam Watch Dogs 2, di mana game tersebut mungkin sedang dibangunkan Ubisoft. Terbaru, terdapat beberapa sumber telah mengesahkan bahawa game tersebut adalah sememangnya sedang berada dalam pembangunan Ubisoft, namun kini ia mengalami sedikit masalah.

Beberapa sumber memberitahu Kotaku, game bertemakan eksplorasi angkasa lepas atau sci-fi itu menggunakan nama (atau kod nama) ‘Pioneer’. Game ini sepatutnya diumumkan Ubisoft pada tahun hadapan, namun kini perancangan tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana memiliki sedikit masalah, seperti mana kebanyakan game alaminya.

“Projek ini sepatutnya diumumkan pada tahun hadapan. Ia tidak mungkin akan berlaku sekarang dan Pioneer kini sedang ‘dibina semula’,” kata salah satu sumber tersebut yang turut mengatakan bahawa Ubisoft telah menggantikan ramai individu untuk mengetuai game ini sejak beberapa bulan lalu.

“Apabila mereka memutuskan untuk meletakkan easter egg dalam Watch Dogs 2, mereka tidak tahu ia akan menjadi seperti ini, jadi ia kini agak janggal,” kata satu lagi sumber.

watch-dogs-2

Perkara ini telah menjadi buah mulut para gamers buat beberapa hari selepas melihat video trailer tersebut. Ramai mula membincangkan sama ada Ubisoft sememangnya sedang membangunkan game bertemakan sci-fi itu atau hanya video trailer rekaan yang diletakkan dalam mission Watch Dogs 2.

Sehingga kini, Ubisoft masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai perkara ini.

Comments

comments