Warner Bros. Montreal yang menghasilkan Batman: Arkham Origins pernah membangunkan game Suicide Squad yang kini telah dibatalkan!

Menurut Kotaku,¬†Warner Bros. Montreal yang sedang membangunkan projek game Suicide Squad dalam diam telah membatalkan hasrat tersebut. Projek yang dibangunkan selama 2 tahun ini akhirnya dibatalkan setelah dipamerkan kepada pihak pengurusan di Warner Bros. dan mereka tidak “terlalu kagum” dengannya.

Mereka kini akan menumpukan usaha dalam membangunkan game Batman yang menampilkan Damian Wayne, anak kepada Bruce Wayne. Damian pernah muncul di dalam beberapa timeline Batman samada dalam versi komik mahupun animasi. Adakah game ini nanti dapat memberikan pengalaman berbeza terhadap karakter ini? Kita tunggu dan lihat aje nanti.

Nampaknya tak dapatlah kita bermain dengan karakter Harley Quinn. Kalau nak jugak, mungkin game mobile Suicide Squad: Special Ops dapat mengubat duka lara korang semua.

Comments

comments