Bersabarlah pemilik Xbox One. Mungkinkah game eksklusif Xbox One ini akan membuat comeback selepas dibatalkan?

Video game Scalebound yang pernah diumumkan di E3 2014 dan 2016 ini mendapat perhatian ramai selaku game eksklusif Xbox One. Walaupun ianya popular dan ramai yang menantikan pelancarannya, Microsoft telah membatalkannya pada 2017! Video-video trailer rasmi Scalebound turut dibuang dari YouTube!

E3 2016: Gameplay Scalebound Yang Menarik! Bergabung Dengan Naga Tewaskan Musuh

Menurut Phil Spencer selaku ketua Xbox, pengumuman Scalebound dan perhatian ramai terhadap game ini menghasilkan tekanan, mempengaruhi penghasilan dan membangkitkan halangan semasa proses pembangunan – sehingga timbul keraguan pada PlatinumGames dan Microsoft samada mereka mampu menghasilkan game yang berskala besar ini.

Bagaimanapun beberapa perkembangan terbaru seperti menimbulkan kembali perhatian dan menyemarakkan penantian peminat.

Pertama: Berita pembaharuan trademark game Scalebound. Tahun lepas, berita tentang pembaharuan trademark game Scalebound kembali menjadi topik hangat di kalangan peminat open-world action RPG ini.

Kedua: Baru-baru ini timbul, gamers telah menemui laman di Microsoft Store buat video game Scalebound! Bagaimanapaun, apabila ditanyakan kepada Microsoft, Aaron Greenberg menjawab di Twitter:

Jawapan rasmi: “Ianya adalah laman lama yang tersembunyi, tidak aktif dan tidak muncul dalam pencarian di Microsoft Store.” Beliau turut menyatakan akan meminta kakitangan Microsoft untuk melihat perihal laman ini, mungkin untuk membuang laman ini terus dari Microsoft Store.

Salah satu kemungkinan yang dapat dilihat di sini adalah Microsoft telah memindahkan pembikinan Scalebound dari PlatinumGames kepada studio lain. Walaupun PlatinumGames merupakan developer game tersebut, Microsoft masih memiliki hak IP terhadap Scalebound – jadi tidak mustahil Scalebound sedang dibangunkan secara senyap-senyap oleh developer lain sekarang ini.

Bagaimanapun, peminat Scalebound diharapkan untuk tidak terlalu berharap. Mana tahu, Microsoft buat surprise umumkan Scalebound di E3 nanti? Kalau tak, takde lah ralat sangat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.