Perjalanan masih jauh.

Semasa acara E3 tahun lalu, antara game yang diumumkan oleh Ubisoft yang menjadi bualan ramai adalah Skull & Bones. Ia merupakan sebuah game open-world online yang membawakan pertempuran kapal di laut dengan latar belakang zaman pertengahan.

Game ini menjadi sebutan ramai kerana ia mempunyai aura Assassin’s Creed 4: Black Flag.

Terbaru, Ubisoft telah mendedahkan bahawa mereka akan menunda Skull & Bones ke tahun fiskal 2019-2020. Bermakna, game ini dijadualkan bakal dikeluarkan antara 1 April 2019 sehingga 31 Mac 2020.

“Ubisoft telah memutuskan untuk memberi mereka lebih masa untuk membangunkan Skull & Bones bagi menawarkan kepada pemain sebuah pengalaman yang lebih menawan,” kata Ubisoft.

Sumber: Gamespot

JomBaca: Ubisoft Tampilkan Gameplay Skull & Bones Dalam Video Baru – Makin Bersemangat Nak Jadi Lanunlah!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.