Dalam sidang media EA Play yang sedang berlangsung sekarang, EA telah mengumumkan yang game penuh FIFA 18 kini boleh dimainkan secara percuma dalam masa terhad. 

Ini antara promosi mereka untuk lebih ramai dapat mencuba DLC Piala Dunia yang baru sahaja dikeluarkan sempena demam kejohanan bola sepak terbesar dunia itu. Walau bagaimanapun, mereka belum mendedahkan berapa lama edisi percuma ini akan diberikan kepada pemain.

Penawaran percuma ini akan berlangsung selama seminggu, dari 9 Jun hingga 15 Jun 2018. Ia merupakan versi game penuh di mana korang boleh mainkan kesemua mode yang ada dalam FIFA 18, tidak terhad kepada mode Piala Dunia sahaja.

Korang boleh download game ini melalui Origin, PlayStation Store dan Xbox Store.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.