[KEMASKINI]: Anda boleh muat turun game penuh FIFA 17 yang percuma sepanjang minggu ini untuk PS4 di sini, dan untuk Xbox One di sini.

Masih berkira-kira untuk mendapatkan FIFA 17? Jom cuba dulu game penuh ini pada hujung minggu ini!

fifa

EA Sports telah mengumumkan bahawa game penuh FIFA 17 akan boleh anda mainkan secara percuma pada 24 hingga 27 November 2016. Ia hanya akan diberikan kepada pemain di PS4 dan Xbox One.

Bagi waktu Malaysia, anda boleh mainkannya secara percuma bermula 25 November 2016, 2 pagi, dan akan berakhir pada 28 November 2016, 3.59 petang.

Comments

comments